Ciri Terbaru Permainan FIFA 17 Yang Akan Di Keluarkan Pada 17 September Ini







Permainan FIFA 17 yang begitu dinanti nantikan oleh peminat bola sepak akan di lancarkan pada 17 September ini untuk PlayStatio 4, Xbox One, Window PC, Xbox 360 dan juga PlayStation 3.



Versi untuk PlayStation 4, Xbox One dan Window PC akan di mainkan menggunakan enjin Frostbite, enjin yang sama digunakan di dalam francais Battlefield. Peminat FIFA tentu akan lebih ternanti nanti kerana Frostbite merupakan perisian yang mampu menjadikan permainan FIFA 17 ini lebih realistik dari segi pergerakan, wajah, suasana dan sudah tentu menjadikan pengalaman pemain lebih menyeronokkan.








FIFA 17: Apakah The Journey? 


FIFA 17 secara rasmi akan menambah ciri baru iaitu The Jouney . Ciri ini akan membawa anda untuk merasai sendiri pengalaman menjadi atlet bola sepak muda yang diberi nama Alex Hunter. Pemain perlu bermula dari bawah, yakni bermain di liga bawahan dengan menggunakan Alex Hunter sebagai karektor pemain bola sepak muda. Pemain juga dapat bermain mengunakan mode regular yang asal namun The Journey akan lebih membuat anda merasai pengalaman sebenar kerjaya bola sepak.




FIFA 17: Apakah Ciri Ciri Baru Dalam FIFA 17? 


Sudah pasti ramai tertunggu tunggu dengan The Journey, namun FIFA 17 juga mempunyai ciri baru. EA Sport telah menyenaraikan beberapa ciri baru yang memperbaharui gameplay dan pengalaman realitik untuk pemain.




Sepakkan Set-Piece Yang Baru


Masih belum di terangkan secara terperinci namun EA menjanjikan pengalaman dan kawalan yang baru untuk mengambil sepakan penalti, sepakan percuma, dan sepakan penjuru 






Permainan Fizikal Di Rombak


Pencipta permainan ini telah menggunakan sesuatu yang diberi nama Pushback Technology dimana ianya satu penambah-baikkan dari sudut graphic sebagai contoh gerak badan pemain apabila memegang dan mengawal bola dan sewaktu pemain menyentuh badan mereka sesama sendiri. Teknologi ini mampu menghasilkan suasana mengujakan dan ianya juga dapat menghindari daripada pergerakkan yang nampak seperti berulang kali.




Sistem Active Intelligence 


Mungkin ramai di antara peminat FIFA bersetuju dengan kelemahan pergerakan off-ball. Di dalam FIFA 17, pemain akan di beri dengan larian yang baru seperti larian dummy atau larian box to box untuk menhasilkan larian taktikal yang lebih menari.


 



Teknik Menyerang Yang Baru


EA juga telah menambah ciri menyerang baru seperti teknik hantaran bola, pergerakkan pemain bola, sentuhan dan kawalan bola, dan tandukkan bola  yang lebih variasi