Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Instagram Bakal Uji Ciri Pemberitahuan Bila Berlaku Masalah Teknikal

Posted on Oktober 12, 2021

Minggu lalu kesemua perkhidmatan media sosial milik Facebook menghadapi masalah teknikal. Beberapa hari kemudian, masalah tidak boleh akses turut berlaku lagi tetapi untuk tempoh waktu yang agak singkat.

Apabila masalah-masalah ini terjadi, pengguna mula terkapai-kapai tidak keruan. Ada yang memadam dan memasang semula aplikasi dan ada juga yang memaki hamun telco.

Memandangkan isu seperti ini boleh berlaku lagi pada masa hadapan, Instagram mengambil inisiatif untuk memperkenalkan ciri baharu. Ia dikatakan bakal diuji dimana fungsinya adalah sebagai makluman kepada pengguna bahawa isu teknikal sedang berlaku.

Pemberitahuan tersebut akan muncul pada bahagian Activity dan dengan adanya fungsi seperti ini, sekurang-kurangnya pengguna mempunyai maklumat.

Buat masa sekarang, tidak dapat dipastikan lagi sama ada ciri ini hanya terhad kepada Instagram sahaja atau dikembang luaskan lagi ke platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Messenger.

Sumber: Instagram

Baca juga:

  • ColorOS 12 Global Rasmi, Ini Senarai Telefon OPPO Yang Terima

  • Telefon Gaming Terbaru ROG Phone 5s Selamat “Mendarat” Di Malaysia

  • Dapatkan Baucar Dengan Beli PlayStation ‘Gift Card’ Di 7-E

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress