Versi Windows Defender yang terkesan dengan isu ini adalah v4.18.1908.7 dan terbaru.
Sejak beberapa hari lalu, laman forum rasmi Microsoft telah dihujani dengan aduan pengguna mereka yang melaporkan ciri imbasan perisian hasad terbina dalam Windows 10 iaitu Windows Defender kerap gagal berfungsi selepas hanya mengimbas beberapa fail sahaja.
Kebanyakkan para pengguna Windows tersebut mendakwa, imbasan fail akan berhenti kurang dari 10 saat selepas ia dijalankan. Tidak kiralah sama ada menjalankan mod imbasan pantas (Quick) mahupun mod imbasan penuh (Full), masalah sama akan tetap berlaku.
Isu ini didapati berlaku pada Windows Defender versi 4.18.1908.7 dan terbaru yang baru sahaja dikemas kini beberapa minggu lalu.
Walaubagaimanapun, menurut laman Bleeping Computer, pihak Microsoft memaklumkan mereka bahawa isu ini sudah di atasi menerusi kemas kini "Security Intelligence Update for Windows Defender Antivirus - KB2267602 (Version 1.301.1684.0)".
Jadi sekiranya anda berdepan dengan isu Windows Defender, anda disyorkan mengemas kini definisi versi terbaru yang dilepaskan pihak Microsoft di komputer anda.
Berkaitan
- OnePlus 7T Akan Tersedia Dilengkapi Dengan Sistem Android 10
- Semua Versi Windows 10 1903 Akan Ditamatkan Pada 8 Disember 2020
- Microsoft Menawarkan Kemas Kini Kumulatif Windows 10 KB4556799 Dan KB4551853
- Kemas Kini Windows 10 Menyebabkan Imbasan Windows Defender Dijalankan Dengan Tidak Sempurna
- Pengguna Windows 7 Pro Pula Akan Terima Notifikasi Naik Taraf Kepada Windows 10
- Ada Yang Masih Ingat Dengan Windows ME aka "Windows Mistake Edition"?
- Pengguna Windows 10 v1903 Akan Dipaksa Terima Naik Taraf Ke Windows 10 v1909
- Iskandar Malaysia Menawarkan Geran Berjumlah Sehingga RM10,000 Kepada Peniaga Individu Dan PKS
- Peralihan Ke Windows 11 Perlahan, Pengguna Masih Setia Dengan Windows 10
- Kemas Kini Kumulatif KB4579311 Bagi Banyak Masalah Pada Pengguna Windows 10