Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ada Yang Masih Ingat Dengan Windows ME aka “Windows Mistake Edition”?

Ada Yang Masih Ingat Dengan Windows ME aka “Windows Mistake Edition”?

Diterbitkan September 15, 2020 · Dikemas kini September 15, 2020 oleh ariff bukhari

Pada awal tahun 2000 atau juga dikenali sebagai tahun Y2K, ia merupakan tahun yang diraikan oleh seluruh penduduk dunia sebagai era milenium.

Mengambil kesempatan dari itu, pihak Microsoft telah melancarkan versi sistem operasi khas semepna dengan itu yang dikenali sebagai Windows ME (Windows Millennium Edition).

Ia mula ditawarkan secara rasmi kepada para pengguna pada 19 Jun 2000.

Windows ME adalah sistem operasi yang dinaik taraf dari versi terdahulu iaitu Windows 98 dengan memperkenalkan beberapa ciri baru dan penambaikan terhadap kekurangan yang ada pada Windows 98.

Walaubagaimanapun, Windows ME yang diharapkan lebih baik dari Winodws 98 menjadi sebaliknya.

“Windows Mistake Edition”

Selepas tidak lama Windows ME dilancarkan, pengguna yang menaik taraf kepada sistem Windows tersebut telah membuat pelbagai aduan dan rungutan kepada Microsoft.

Ini kerana pengguna sistem operasi itu berdepan dengan pelbagai isu ketika menggunakannya. Antara isu yang paling kerap dihadapi pengguna adalah sistem operasi yang tidak stabil sehingga kerap kali sistem komputer mereka tergantung serta keserasian aplikasi Windows ME dengan pemacu perisian.

Disebabkan itu, ramai pengguna Windows tidak menaik taraf sistem komputer mereka ke Windows ME dan kembali menggunakan Windows 98.

Ada Yang Masih Ingat Dengan Windows ME aka “Windows Mistake Edition”?
Kerana begitu teruknya Windows ME, pengguna turut menggelarkannya sebagai “Windows Mistake Edition”. Kredit: Operating System

Walaupun Windows ME mula memperkenalkan beberapa ciri baru seperti System Restore, Movie Editor serta ciri compress folder terbina dalam, ia tidak berjaya menarik pengguna kerana isu-isu kritikal yang ada pada Windows ME.

Windows XP menjadi penyelamat

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah Windows ME  adalah salah satu sistem operasi dari Microsoft yang tidak diingati ramai. 

Microsoft menamatkan sepenuhnya sokongan Windows ME pada 31 Disember 2003.

Selepas itu, ia digantikan dengan sistem operasi terbaru yang sekaligus menjadi penyelamat Microsoft iaitu Windows XP.

Tidak seperti Windows ME, Windows XP diterima dengan sangat baik oleh semua pengguna sistem operasi Windows di seluruh dunia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Permainan Telefon Pintar Cara Unik Jepun Selenggara Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
©2026 WISER.MY