Google Buang Ciri Utama Pelayar Chrome Ini Lewat Bulan Hadapan

Google menerusi laman sokongan pelayar Google Chrome memaklumkan bahawa pada lewat bulan hadapan, mereka mengambil keputusan untuk membuang salah satu ciri utama yang ada pelayar Chrome ketika ini iaitu ciri mod Chrome Lite.

Secara tepatnya, ciri mod Chrome Lite itu akan dibuang dari pelayar Chrome pada 29 Mac 2022 apabila versi terbaru pelayar Chrome yang dikenali sebagai Chrome M100 dilepaskan.

Ciri mod Chrome Lite mula ditawarkan untuk peranti Android dalam tahun 2014 dahulu yang bertujuan memberi pilihan kepada pengguna untuk menjimatkan data pengguna serta melayari internet dengan lebih pantas menerusi pelayar tersebut.

Sejak itu ia menjadi salah satu ciri utama yang ada pada versi pelayar Google Chrome untuk telefon pintar.

Google memberi alasan keputusan mereka untuk membuang ciri itu selepas 8 tahun ia ditawarkan adalah kerana mereka melihat kos langganan data internet hampir dikebanyakkan negara telah menurun.

Selain itu Google menyatakan mereka telah menambah baik pelayar Chrome dari aspek penjimatan data serta kelajuan melayari sesebuah laman sesawang.

Kepada anda yang tidak tahu, ciri mod Chrome Lite boleh diaktifkan untuk aplikasi Chrome versi telefon pintar di bahagian Settings > Advanced > Lite Mode

Anda boleh tekan pada Lite mode itu untuk melihat berapa banyakkah data yang telah berjaya dijimatkan oleh pelayar Chrome ke atas laman-laman sesawang yang telah anda layari.



Sumber: Google

Baca juga:

Berkaitan