Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Kumpul Data Tanpa Izin, Google Didenda ~RM1.7 Bilion

Diterbitkan September 4, 2025 oleh ariff bukhari

Juri persekutuan Amerika Syarikat memerintahkan Google membayar pampasan kira-kira USD 425 juta (~RM1.7 bilion) selepas didapati mengumpul data penggunaan aplikasi mudah alih walaupun pengguna mengaktifkan tetapan privasi.

Kes saman kelompok ini difailkan sejak Julai 2020, dengan peguam plaintif mendakwa Google secara haram menjejak, mengumpul dan menjual aktiviti aplikasi pengguna tanpa mengira pilihan privasi.

Walau bagaimanapun, Google menegaskan keputusan juri itu sebagai tidak tepat dan akan membuat rayuan ke atas denda itu sambil menegaskan alat privasi mereka memberi kawalan penuh kepada pengguna.

Keputusan ini hadir sehari selepas Google meraih kemenangan lain dalam kes antitrust (antipakat), di mana hakim persekutuan menolak tuntutan kerajaan AS agar Google menjual pelayar Chrome.

Selain itu, pada hari yang sama, pihak berkuasa perlindungan data Perancis (CNIL) turut mengenakan denda besar terhadap Google (325 juta euro = ~RM 1.60 bilion) kerana gagal mematuhi undang-undang mengenai kuki iklan.

Google sebelum ini sudah beberapa kali dikenakan denda, termasuk 100 juta euro (~RM 493.8 juta) pada 2020 dan 150 juta pada 2021.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Mahkamah Putuskan Google Tak Perlu Jual Chrome, Android
  • Microsoft Edge Di Android Kini Boleh Mainkan YouTube Di Latar Belakang Tanpa Premium

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY