Intel hari ini secara rasminya melancarkan cip pemproses generasi ke-12 Alder Lake untuk desktop. Berbeza berbanding pemproses gen ke-11 terdahulu yang tidak banyak perkara menarik, Intel generasi ke-12 tampil lebih baik.
CPU ini dibina dengan proses Intel 7 (10nm). Maka berakhirlah penggunaan “klasik” Intel 14nm dan cip baharu itu juga menggunakan seni bina hibrid. Bermakna, ia perlu dipadankan dengan papan induk terbaru Z690.
Melalui seni bina baharu tersebut, ia mempunyai gabungan teras berprestasi tinggi Golden Cove (P-Cores) dan teras efisien Gracemont (E-Cores). P-Cores ditugaskan untuk tugasan tunggal bagi prestasi berkuasa. Sementara E-Cores pula untuk multi-tugas.
Selain itu, cip serta papan induk baharu tersebut secara tidak langsung menyokong memori DDR5 serta Exteme Memory Profile (XMP) 3.0 baharu. Bermakna, jika anda mahu membina PC sendiri terutama untukĀ gaming, mungkin anda boleh berkira-kira dalam memiliki cip ini.
Terdapat enam CPU dalam keluarga Alder Lake, iaitu:
Intel Core i9 Gen-12
- i9-12900K: 16 teras (8P+8E), 24 bebenang, kelajuan maksimum 5.2GHz
- i9-12900KF: 16 teras (8P+8E), 24 bebenang, kelajuan maksimum 5.2GHz
Intel Core i7 Gen-12
- i7-12700K: 12 teras (8P+4E), 20 bebenang, kelajuan maksimum 5.0GHz
- i7-12700KF: 12 teras (8P+4E), 20 bebenang, kelajuan maksimum 5.0GHz
Intel Core i5 Gen-12
- i5-12600K: 10 teras (6P+4E), 16 bebenang
- i5-12600KF: 10 teras (6P+4E), 16 bebenang
Harga jualan bagi CPU Intel baharu ini adalah bermula USD269 (~RM1116) dan akan mula dijual bermula 4 November 2021. Namun, ketersediaannya buat pasaran tempatan masih belum diketahui lagi.
Sumber: wccftech
Baca juga: