Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD Burnout

AMD Lepaskan Kemas Kini BIOS Tangani Isu Cip Pemprosesan “Burnout”

Diterbitkan April 28, 2023 oleh ariff bukhari

Selepas beberapa pengguna melaporkan isu cip pemprosesan AMD komputer “burnout” seperti yang dilaporkan oleh tom’s Hardware seminggu lalu, AMD kini melepaskan kemas kini untuk komputer yang dilengkapi cip pemprosesan AMD Ryzen 7000 serta pemproses Ryzen 7000X3D.

Kemas kini melalui BIOS baharu ini adalah bagi menghalang cip pemprosesan tersebut daripada overclock oleh penggunanya.

Kemas kini ini juga akan ditawarkan kepada pengguna Ryzen 7000 atau Ryzen 7000XD yang tidak di overclock, yang tidak terjejas dengan isu burnout ini.

Isu burnout ini disedari oleh pihak AMD serta vendor lain.

Community Notice – ASUS AM5 motherboard owners

An important update for Ryzen7000X3D processor owners

Several AMD Ryzen 7000X3D owners have reported CPU and motherboard failures. We acknowledge the incidents/issues and have been communicating with AMD to analyze the possible…

— Juan Jose Guerrero (@ASUSTechMKTJJ) April 25, 2023

Biostar juga mengeluarkan kenyataan berkaitan isu ini.

“BIOSTAR, pengeluar utama papan induk, kad grafik dan peranti storan, telah mengeluarkan kemas kini BIOS baharu untuk papan induk X670E VALKYRIE, RACING B650EGTQ dan B650M-SILVERnya.

Kemas kini ini bertujuan untuk mengehadkan voltan pemproses AMD Ryzen 7000X3D, memastikan keselamatan CPU dipertingkatkan.”

AMD Lepaskan Kemas Kini BIOS Tangani Isu Cip Pemprosesan “Burnout”

Berikut pula adalah kenyataan rasmi dari GIGABYTE,

“GIGABYTE sentiasa bekerjasama rapat dengan AMD untuk memastikan reka bentuk papan induk kami mengikut garis panduan AMD dan memberikan prestasi terbaik dengan kebolehpercayaan dari semua aspek.

Untuk memberikan platform yang paling hebat dan kukuh secara konsisten, GIGABYTE mengeluarkan BIOS beta baharu berkenaan dengan kebimbangan terkini tentang kemungkinan isu kerosakan papan induk dengan CPU siri Ryzen™ 7000X3D.”

Pihak MSI pula menerusi Reddit mengatakan bahawa pengguna papan induk mereka tidak mengalami masalah di mana voltan SoC meningkat setinggi 1.5V. Walau bagaimanapun, demi kepentingan keselamatan mutlak, MSI telah mengikuti panduan terkini AMD dan “melumpuhkan ciri voltan lebih Teras 7000X3D.”

Berkaitan

  • Asus ROG Ally Akan Dilancarkan Pada 11 Mei Depan
  • MediaTek 9200+ Akan Diperkenal Pada 10 Mei Ini
  • 11 Mei 2023 Jadi Tarikh Pelancaran Sony Xperia 1 V

Sumber: tom’s Hardware

Imej utama: Tangkapa layar YouTube der8auer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY