Cinta dalam talian seorang lelaki telah ditolak oleh wanita yang disukainya setelah lelaki ini menggunakan lebih daripada 100 akaun media sosial, akaun telefon dan cara digital lain untuk ‘stalk’ dan mengganggu wanita tersebut selama tujuh bulan.
Selepas gangguan yang dikatakan bermula pada April 2020, mangsa telah merayunya untuk berhenti tetapi pemangsa tetap menghantar mesej kepadanya mengatakan, “Saya benar-benar tidak akan berhenti.”
Dia juga memberitahu wanita itu untuk menjangkakan “gelombang kemungkinan terburuk” akan berlaku ke atasnya, menurut dokumen mahkamah yang diperoleh oleh McClatchy News.
Desmond Babloo Singh, 20, dari Temple, Texas, sebelum ini mengaku bersalah atas dua pertuduhan cyberstalking dan dijatuhi hukuman penjara pada 20 April hingga 18 bulan diikuti tiga tahun dibebaskan dalam pengawasan, termasuk satu tahun tahanan rumah.
Peguamnya, Dave Fischer berkata, Singh sangat menyesal atas perbuatannya dan berharap mangsa dapat meneruskan kehidupan mereka secara normal.
Singh juga pernah stalk seorang lelaki yang berhubung dengan wanita itu dan menganggap lelaki tersebut sebagai “saingan”.
Wanita itu didakwa merupakan kawan kakak Singh ketika mereka di sekolah menengah pada tahun 2013-2014.
Walau bagaimanapun, mangsa tidak pernah bertemu Singh secara bersemuka, dan keluarganya berpindah ke Texas selepas sesi tahun persekolahan itu.
Pada Hari Valentine tahun 2020, Singh pernah berkongsi dengan wanita itu hantaran story Instagram peribadi di mana dia dengan tegas menyatakan cintanya untuknya.
Hantaran tersebut termasuk gambar rantai leher yang dikatakan Singh telah beli untuk mangsa.
Wanita itu lantas menolaknya dan memintanya berhenti menghubunginya terus, menurut pendakwa raya.
Permulaan aktiviti ‘stalk’
Pada bulan April 2020, Singh mula menghantar beberapa mesej gangguan kepada wanita tersebut.
Pihak peguam berkata beratus-ratus siaran media sosial awam, mesej teks dan mesej media sosial peribadi termasuk ancaman kematian, kecederaan badan, keganasan seksual, dan penghinaan kaum telah dituju kepada mangsa.
Bukan itu sahaja, banyak akaun yang dibuat dan digunakan oleh Singh dengan memasukkan nama wanita itu, menjadikannya kelihatan seolah-olah akaun tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh mangsa.
Lebih parah lagi, Singh pernah menggunakan akaun media sosial yang mengandungi nama wanita itu untuk menghantar imej beberapa orang yang tergantung pada tali gantung dengan photoshop muka mangsa dan ibu bapanya ke gambar tersebut.
Tambahan pula, dalam salah satu gambar yang disunting, Singh menindih wajah ibu mangsa pada mayat seorang wanita yang bersedih di tapak perkuburan.
Akaun media sosial yang digunakan Singh selalunya akan menyiarkan kandungan yang mengganggu wanita tersebut.
Dia juga bertindak dengan berkongsi maklumat peribadi, termasuk tempat tinggalnya, nombor telefonnya dan banyak lagi.
Pada 19 Julai 2020, mangsa menerima permintaan ikut Instagram daripada salah satu akaun Singh dan melihat gambarnya dan rumahnya disiarkan pada akaun itu.
Keesokan harinya, pada 20 Julai 2020, Singh memberi ancaman bom palsu di rumah ibu bapanya dan mendorong Jabatan Polis Daerah Baltimore untuk bertindak balas.
Singh juga bertindak dengan menggodam akaun media sosial mangsa. Dalam satu kejadian, pegawai rasmi kes mengatakan Singh menggodam akaun TikTok mangsa dan menyiarkan beberapa imej dirinya, dengan menulis “omg he’s so hot!!!“.
Penangkapan Singh, si lelaki kaki ‘stalk’
Selepas Singh akhirnya ditangkap pada 22 Disember 2020, satu nota ditemui dalam telefonnya yang memperincikan pelannya untuk mengganggu wanita itu dan keluarganya.
Salah satu senarai “tugasan”nya mengenai keluarga wanita itu ialah “pukul keluarganya jika terjumpa mereka di mana-mana”.
Mangsa kedua Singh mendakwa Singh juga menggunakan akaun media sosialnya untuk menyatakan keinginannya untuk mencederakan secara fizikal ke atas orang yang “dicintainya”.
Pernah juga dia menggunakan akaun tanpa nama, menyiarkan video orang yang tidak dikenali mengetuk pintu bekas kediaman mangsa kedua dengan kapsyen memberitahu mangsa untuk membuka pintu.
Singh kemudian memuat naik video itu ke YouTube yang menunjukkan nama dan alamat mangsa kedua dan berkata orang di dalam video pergi ke lokasi untuk melawan mangsa.
Kesimpulan
Singh kini menjalani hukuman penjara di penjara bersekutu Amerika Syarikat.
Pengajarannya di sini, jagalah percakapan dan tingkah laku kita di media sosial.
Untuk para wanita, ingin diingatkan untuk sentiasa jaga diri dan semoga kita semua dilindungi.
Sumber: US Department of Justice
Baca juga: