Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Terhad 1 Peranti Untuk Sahkan Transaksi Mulai Bulan Depan, OTP Melalui Aplikasi Tahun 2023 – CIMB

CIMB Clicks Hadkan Penggunaan Satu Peranti Sahaja Bulan Depan

Diterbitkan Oktober 26, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Pada masa kini, penipuan yang berkait dengan akaun bank semakin menjadi-jadi. Malah, ianya juga akan mengancam keselamatan akaun tersebut bersama penggunanya sekali. Oleh disebabkan itu, aplikasi CIMB Clicks membuat keputusan untuk menghadkan penggunaan aplikasi tersebut kepada satu peranti sahaja.

Ini adalah untuk mengukuhkan lagi keselamatan dan pada masa yang sama menangani penipuan yang semakin berleluasa. Penggunaan aplikasi ini akan dihadkan kepada satu peranti pada satu masa sahaja. Pengguna baharu CIMB Clicks boleh mendaftar melalui satu peranti sahaja dan akan disahkan oleh SecureTAC sehingga hujung bulan Oktober 2022.

Amat disarankan untuk pengguna CIMB Clicks yang sedia ada untuk menyahaktifkan mana-mana peranti yang tidak dijadikan sebagai peranti utama atau tidak digunakan lagi selewat-lewatnya sebelum bulan Mac tahun 2023. Kepada yang tidak menyemak tetapan sistem tersebut, kesemua peranti sekunder akan dilog keluar secara automatik.

Cara-cara untuk nyahaktifkan peranti-peranti sekunder adalah seperti berikut:

CIMB Clicks Hadkan Penggunaan Satu Peranti Sahaja Bulan Depan

1. Buka aplikasi CIMB Clicks > Settings.

CIMB Clicks Hadkan Penggunaan Satu Peranti Sahaja Bulan Depan

2. Leret ke tepi pada device names > delete. 

CIMB Clicks Hadkan Penggunaan Satu Peranti Sahaja Bulan Depan

3. Tekan “Yes” untuk mengesahkan pemadaman.

CIMB Clicks Hadkan Penggunaan Satu Peranti Sahaja Bulan Depan

4. Dan selesai!

Terdapat lebih banyak lagi ciri dan kelebihan akan diberikan oleh bank tersebut namun perinciannya akan diberitahu kelak pada bulan-bulan yang seterusnya.

Sumber: CIMB

Gambar: CIMB

Berkaitan

  • PerantiSiswa Dijual Semula, Ada Yang Kata Sebab Dah Ada iPad
  • Pelan Lebih Murah Disney+ Hadir Disember Depan, Tapi Ada Ciri Yang Dikorbankan
  • Data 1.9 Juta Pengguna Carousell Yang Dicuri Dikatakan Sedang Dijual Di 'Dark Web'
  • Jangan Terkejut Bila WhatsApp Tawar Ciri Baru Ini Nanti
  • K-KOMM Terima 14 Kes Berkaitan Jual PerantiSiswa, Beberapa Peranti Terlibat Telah Disekat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY