Chrome Jadi Terhegeh-Hegeh? Bersihkan Cache Dan Kuki Pelayar Anda Sekarang

Apabila anda menggunakan aplikasi pelayar seperti Chrome, ia akan menyimpan beberapa maklumat daripada laman sesawang yang anda layari itu ke dalam cache dan kukinya.

Kuki ialah fail yang dibuat oleh laman yang anda lawati yang menyimpan data tentang penggunanya. Ia menjadikan pengalaman dalam talian anda lebih mudah dengan menyimpan data ke dalam pelayar.

Mengosongkan kuki anda memberi anda peluang untuk menetapkan semula data tersebut, yang boleh meningkatkan pengalaman pelayar anda.

Cache pula mengingati bahagian halaman seperti imej, untuk membantu halaman tersebut dibuka dengan lebih pantas semasa lawatan anda yang seterusnya.

Dengan kata lain, cache pelayar anda berfungsi sebagai pintasan digital supaya pelayar anda boleh mula pada kali seterusnya anda memuatkan halaman tersebut.

Dalam jangka pendek, itu membantu mempercepatkan proses. Tetapi dari masa ke masa, data yang disimpan dalam cache anda boleh menjadi lapuk dan tidak lagi sepadan dengan apa yang sebenarnya diperlukan oleh tapak.

Jika itu berlaku, halaman yang anda layari itu akan dimuatkan dengan lebih perlahan dan pemformatan mungkin salah.

Itulah sebabnya mengosongkan cache anda boleh membantu: Ia memberikan tapak permulaan baharu dalam pelayar anda dan mengosongkan sedikit ruang dalam storan anda.

Jadi di sini dikongsikan cara untuk mengosongkan cache dan kuki pelayar Google Chrome:-

1. Pada telefon atau tablet Android anda, buka aplikasi pelayar Chrome.

2. Di bahagian atas sebelah kanan, ketik ikon 3 titik bertindih More

3. Tap pada History > Clear browsing data



4. Di bahagian ini pula, anda boleh pilih julat masa yang ingin dipadam. Untuk memadam semua, pilih All time.



5. Tandakan pada kotak "Cookies and site data" dan "Cached images and files". Kemudian tap Clear data.

Suka diingatkan di sini bahawa mengosongkan cache dan kuki anda akan log anda keluar daripada laman sesawang dan sesetengah tetapan pada laman akan dipadamkan.

Contohnya, jika anda telah log masuk, anda perlu log masuk semula ke akaun laman sesawang yang anda masuki sebelum ini.

Tetapi jika anda log masuk ke Chrome, anda akan kekal log masuk di laman sesawang Google,seperti google.com dan youtube.com.

Sesetengah laman sesawang yang dilayari juga mungkin menjadi lebih perlahan kerana kandungan, seperti imej perlu dimuatkan semula.

Tetapi ia akan membawa kepada pengalaman melayari internet yang lebih lancar dan ini boleh menjadi penyelesaian yang berguna jika anda baru-baru ini menukar tetapan yang tidak digunakan dengan betul.

Selamat mencuba.

{suggest}