Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Chrome featured image

Chrome Ada Ciri Privasi Baru, Aktifkan Sekarang

Diterbitkan Ogos 23, 2023 · Dikemas kini Ogos 23, 2023 oleh ariff bukhari

Google meningkatkan lagi ciri privasi pada pelayar Chrome dengan menawarkan ciri baru yang dikenali sebagai Ad Privacy.

Google menjelaskan, ciri baharu ini adalah bagi membantu melindungi identiti pengguna pelayar Chrome dan memberi penggunanya lebih kawalan ke atas cara pengiklan memilih iklan yang ingin dipaparkan kepada mereka.

Ad Privacy

 

Dalam bahagian Ad Privacy ini, terdapat 3 pilihan tetapan iaitu Ad topics, Site-suggested ads dan Ad measurement.

Ad topics

Apabila ciri Ad topics diaktifkan, anda boleh menyekat topik yang anda tidak mahu dikongsi dengan laman sesawang.

Apabila anda menyekat topik, Chrome tidak akan berkongsi topik itu lagi, tetapi anda mungkin masih mendapat iklan yang berkaitan dengan topik tersebut.

Untuk melindungi privasi anda, Google memaklumkan Chrome secara automatik akan memadamkan topik minat anda yang lebih daripada 4 minggu.

Site-suggested ads

Pelayar Chrome membenarkan laman sesawang mengesyorkan dan kemudian menyimpan cadangan iklan tentang perkara yang anda mungkin suka.

Ia bertujuan membantu menyampaikan pengalaman iklan yang diperibadikan untuk anda.

Tetapi, jika anda tidak mahu laman sesawang mencadangkan iklan untuk anda, anda boleh menyekatnya dengan mengaktifkan ciri Site-suggested ads .

Setelah diaktifkan, sebarang data cadangan iklan yang berkaitan akan dipadamkan.

Tapak yang disekat tidak lagi akan menyimpan cadangan iklan dengan Chrome, tetapi anda mungkin masih mendapat iklan yang berkaitan dengan tapak tersebut.

Ad measurement

Tetapan ad measurement pula akan mengehadkan jumlah data yang dikongsikan sesebuah tapak semasa anda menyemak imbas laman sesawang yang dilawati.

Ad Privacy

Ciri Ad Privacy sudah pun mula ditawarkan kepada para pengguna pelayar Chrome di platform komputer dan peranti Android secara berperingkat.

Anda boleh menyemaknya dalam tetapan aplikasi Chrome menerusi Settings > Privacy and security > Ad privacy.

Berkaitan

  • Sambar 'Laptop' MSI Modern 14 Pada Harga RM1,899 Sahaja Sabtu Ini
  • Sembang Kencang Tapi Pencapaian 5G Tidak Seperti Yang Dijanjikan - Telco Korea Selatan
  • X Tidak Lagi Akan Paparkan Tajuk Berita Dalam Previu Pautan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY