Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Adalah Penyumbang Terbesar Bagi Pasaran 5G Dunia Setakat Suku Ke-2 Tahun Ini

China Telah Meningkatkan Kelajuan Jalur Lebar Tetap Mereka Kepada 1000Mbps

Diterbitkan Mei 19, 2022 · Dikemas kini Mei 19, 2022 oleh ariff bukhari

Pada Hari Telekomunikasi dan Masyarkat Berinformasi Sedunia yang disambut pada 17 Mei 2022 baru-baru ini, Kerajaan China memaklumkan bahawa mereka telah meningkatkan kapasiti kelajuan jalur lebar tetap mereka dari 100Mbps kepada 1000Mbps.

Kenyataan itu dibuat oleh Timbalan Menteri Industri, Teknologi dan Informasi China, Zhang Yunming.

Seiring dengan perkembangan itu juga, pengguna jalur lebar tetap di negara itu juga telah meningkat kepada 94.3% pada tahun 2021 berbanding  tahun 2012 dahulu di mana hanya terdapat kurang daripada 10% sahaja penggunanya.

Negara China telah membina jaringan rangkaian jalur lebar mudah alih dan kabel optik terbesar di dunia sehingga mencapai tahap kualiti rangkaian terbaik di dunia.

Ia melibatkan pembinaan rangkaian optik yang menyambungkan 130,000 perkampungan dan stesen 4G di 60,000 kampung.

Sekaligus meningkatkan tahap liputan 4G di kawasan luar bandar dari 70% kepada 100%.

China yang  sudah pun beralih kepada rangkaian 5G kini sedang giat meluaskan lagi capaian rangkaian itu dengan membina hampir sejumlah 1.6 juta stesen 5G di seluruh negara tersebut.

Sumber: CGTN

Baca juga:

  • Foxconn Dilaporkan Mahu Bina Kilang Bernilai $9 Bilion Di Bandar Yang Belum Wujud
  • Foxconn Dan Thailand Melabur $1 Bilion Untuk Pengeluaran Kereta Elektrik Pada 2024
  • Syarikat Pembuat iPhone Foxconn Melabur Di Indonesia Untuk Hasilkan Kereta Elektrik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY