Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-01-10T165636.010

CES 2024 – Papan Kekunci Dan Tetikus Wayarles Alienware Kini Lebih Pro

Diterbitkan Januari 10, 2024 ยท Dikemas kini Januari 12, 2024 oleh Muhd Idham

Di samping produk seperti komputer riba dan monitor, Alienware juga melancarkan papan kekunci dan tetikus wayarles Alienware Pro terbaru yang dijangka akan dipasarkan di Malaysia pada akhir bulan Februari 2024.

Papan Kekunci Wayarles Alienware Pro

Untuk produk papan kekunci ini, ia menggunakan switch daripada Alienware Linear Mechanical yang menawarkan berat tekanan 40g serta kekunci lutsinar bagi pencahayaan lampu RGB.

CES 2024 – Papan Kekunci Dan Tetikus Wayarles Alienware Kini Lebih Pro
Hitam
CES 2024 – Papan Kekunci Dan Tetikus Wayarles Alienware Kini Lebih Pro
Putih

Ia juga hadir dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

CES 2024 – Papan Kekunci Dan Tetikus Wayarles Alienware Kini Lebih Pro

Selain itu, papan kekunci ini juga lengkap dengan dua lapisan pelembab bunyi silikon untuk bunyi mekanikal yang lebih bersih dan dijangka bertahan untuk penggunaan berterusan selama 798 jam tanpa lampu RGB.

Tetikus Wayarles Alienware Pro

Untuk produk tetikus Alienware Pro ini, ia berfungsi pada kadar 4KHz serta kadar tindak balas 0.25ms untuk mod wayarles serta 8KHz dan 0.125ms untuk mod wayar.

Untuk penggunaan berterusan, tetikus ini mampu mencapai 120 jam pada kadar 1KHz dan 32 jam pada kadar 4KHz.

CES 2024 – Papan Kekunci Dan Tetikus Wayarles Alienware Kini Lebih Pro
Putih
CES 2024 – Papan Kekunci Dan Tetikus Wayarles Alienware Kini Lebih Pro
Hitam

Selain daripada berat 60g, tetikus ini juga telah diperhati mampu digunakan selama 6 jam setelah di cas selama 5 minit.

Warna pilihan pula hanya ada dua iaitu hitam dan putih.

Sumber: Siaran Media Alienware

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • CES 2024 - Acer Kemas Kini Siri Predator Helios Dan Perkenal Siri Predator Helios Neo
  • CES 2024 - ASUS Umum Komputer Riba Dwi-Skrin OLED Bersaiz 14 Inci
  • CES 2024 - Komputer Riba ASUS TUF Gaming Kini Dilengkapi Skrin 2.5k 165Hz
  • Honda Tayang Model EV Konsep Dan Logo 'H' Baharu, Bakal Dilancar 2026

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY