Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-01-09T163552.183

CES 2024 – Acer Tambah Koleksi GPU Dengan Siri Terbaru Predator BiFrost Dan Nitro

Diterbitkan Januari 9, 2024 oleh Muhd Idham

Acer kali ini telah mengumumkan ketibaan barisan kad grafik terbaru bagi siri Predator BiFrost dan Nitro dengan penambahbaikan sistem pengawalan haba.

Predator BiFrost Radeon RX7800

CES 2024 – Acer Tambah Koleksi GPU Dengan Siri Terbaru Predator BiFrost Dan Nitro

Untuk siri Predator BiFrost, model AMD Radeon RX 7800 XT OC hadir dengan reka bentuk cip AMD RDNA 3 serta peningkatan slot PCIe 4.0 dan penyambungan dwi-PCIe 8-PIN.

Selain itu, memori grafik untuk model ini adalah 16GB GDDR6 dan mempunyai lebar jalur 624Gbps. Kelajuan pemprosesan bagi kad grafik ini dijangka dapat mencecah sehingga 2,565MHz

Sistem penyejukan yang digunakan pula adalah dari tiga kipas Predator FrostBlade 3.0 dengan reka bentuk bilah kipas yang bergelombang bagi pelepasan haba yang lebih lancar.

Pilihan penyambungan yang disediakan pula terdiri daripada satu HDMI 2.1 dan tiga DisplayPort 2.1.

Harga bagi model ini telah ditetapkan, iaitu USD549.99 (~RM2,553.88)

Nitro Radeon RX 7600

CES 2024 – Acer Tambah Koleksi GPU Dengan Siri Terbaru Predator BiFrost Dan Nitro

Untuk model Nitro pula, Acer mulakan dengan AMD Radeon RX 7600 XT OC yang hadir dengan memori grafik 16GB GDDR6 serta lebar jalur 288Gbps dan dijangka mampu mencapai frekuensi sehingga 2,810MHz.

Bagi sistem penyejukan, model ini menggunakan dwi-kipas dengan reka bentuk bergelung Nitro FrostBlade serta dilengkapi dengan jangka hayat kapasitor 2.5 kali lebih daripada kapasitor biasa.

Ia juga hadir dengan satu slot HDMI 2.1 dan tiga slot DisplayPort 2.1 dengan ketersediaan yang dijangka tiba pada bulan Februari.

Nitro Radeon RX 7800 dan RX 7700

CES 2024 – Acer Tambah Koleksi GPU Dengan Siri Terbaru Predator BiFrost Dan Nitro
Nitro Radeon RX 7800
CES 2024 – Acer Tambah Koleksi GPU Dengan Siri Terbaru Predator BiFrost Dan Nitro
Nitro Radeon RX 7700

Bagi dua model ini, Nitro Radeon RX 7800 dan RX 7700 dicipta dengan gabungan reka bentuk cip AMD RDNA 3 dan pemecut ray-tracing bagi menyerlahkan resolusi skrin 1440p dan kualiti video 4K.

Dari segi frekuensi, kad grafik model RX 7700 dijangka dapat mencecah sehingga 2,599MHz manakala model RX 7800 boleh mencecah 2,565MHz.

Kedua-dua model ini menggunakan dwi-kipas bergelung Nitro FrostBlade dan dilengkapi dengan satu slot HDMI 2.1 dan tiga slot DisplayPort 2.1.

Bagi harga model RX 7800 adalah USD509.99 (~RM2,368.14) dan model RX 7700 hadir dengan harga USD459.99 (~RM2,135.96).

Berkaitan

  • MSI Lancar Siri Kad Grafik NVIDIA RTX 40 SUPER
  • CES 2024 - Acer Umum 'Laptop Gaming' Nitro 17 Dengan Intel Core 14 Dan NVIDIA RTX 40
  • Nvidia Lancar Siri GeForce RTX 40 SUPER, Harga Dari ~RM2780
  • MSI Claw, Konsol 'Gaming' Mudah Alih Pertama Dengan Intel Core Ultra

Sumber: Siaran Media Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY