CES 2023 - ASUS Umum ExpertBook B1 Dan Siri Zenbook, 3 Model Diperkenalkan

CES 2023 yang berlangsung ketika ini di Las Vegas telah bermula dari 6 hingga 8 Januari. ASUS dengan berbesar hati telah memperkenalkan peranti ExpertBook B1 yang serba baru dan 3 model baru siri Zenbook - Zenbook 14 Flip OLED, Zenbook 14X OLED dan Zenbook Pro 16X OLED.

ExpertBook B1 




ExpertBook B1 adalah sebuah komputer riba kompak yang direka khas untuk kegunaan bekerja secara hibrid atau pun belajar.

Peranti ini akan dikuasakan cip yang berkuasa hingga ke Intel Core i7 dan pilihan skrin berukuran 14 atau 15.6 inci untuk model yang tersedia.

Selain itu juga, model-model yang tersedia mempunyai pilihan memori RAM hingga 48 GB dan storan M.2 PCIe 4.0 hingga 2 TB besarnya.

Zenbook 14 Flip OLED




Zenbook 14 Flip OLED adalah sebuah komputer riba mudah alih dan kompak ASUS yang ringan, ketahanan bergred ketenteraan, dan padat dengan prestasi.

Zenbook 14 Flip OLED akan dikuasakan cip pemprosesan Intel Core generasi 13 yang terbaru, menggunakan GPU terintegrasi Intel Iris X, memori RAM hingga 16 GB dan storan SSD PCIe 4.0 hingga 1 TB.

Menariknya lagi, peranti ini mempunyai skrin OLED 14 inci dengan resolusi 2.8K yang boleh disentuh. Tidak lupa juga ia mempunyai gamut DCI-P3 100%.

Zenbook 14X OLED




Zenbook 14X OLED boleh kita anggap sebagai versi Zenbook 14 yang telah dipertingkatkan dalam segenap sudut. Peranti ini adalah model paling berkuasa dalam siri Zenbook Classic tetapi dalam fizikal premium yang lebih kompak.

Zenbook 14X OLED akan dikuasakan cip hingga Intel Core generasi 13 siri H, memori RAM 32 GB, dan juga pilihan GPU hingga NVIDIA GeForce RTX 3050.

Selain itu, peranti ini mempunyai skrin OLED berukuran 14.5 inci 16:10, beresolusi 2.8K dengan sokongan kadar segar semula 120Hz.

Zenbook Pro 16X OLED




Zenbook Pro 16X OLED adalah model premium komputer riba kompak tahun 2023 yang paling berkuasa daripada ASUS dengan cip Intel terbaru dan RAM jenis LPDDR5X.

Zenbook Pro 16X OLED akan guna cip hingga ke Intel Core i9-13905H untuk model paling berkuasa, GPU NVIDIA GeForce RTX 4080, dan memori RAM terpantas LPDDR5X 32 GB.

Selain itu, peranti ini dipadankan skrin boleh sentuh OLED NanoEdge berukuran 16 inci, beresolusi 3.2K dan sokongan kadar segar semula 120Hz serta 0.2ms masa tindak balas.

{suggest}

Sumber: Siaran akhbar ASUS