5 'Game' Android Terbaik Yang Dilancarkan Tahun 2022

Permainan video Android adalah segmen yang mempunyai pemain paling banyak dalam industri gaming ini. Pada tahun 2022 lepas, terdapat pelbagai games yang dilancarkan untuk pengguna mobile.

Artikel ini akan berkongsikan kepada pembaca 5 games menarik tahun 2022 yang boleh dicuba pembaca mengikut pendapat saya.

{snap}

Catalyst Black




Catalyst Black adalah sebuah permainan dengan tema medan pertempuran 5 vs 5 pihak ketiga dan karakter pemain boleh berubah menjadi raksasa Primal untuk melawan pihak lawan.

Terdapat juga mod Hydra di mana ramai pemain boleh bergabung untuk melawan sekumpulan raksasa dan bos. Dalam gaya permainannya, sungguh mudah, ringkas dan menyeronokkan.

Muat turun di Google Play

{snap}

Diablo Immortal




Diablo Immortal dilancarkan pada pertengahan kedua 2022 dan hadir dengan pelbagai kontroversi seperti memerlukan jumlah yang begitu besar untuk memaksimumkan sesebuah karakter.

Walau bagaimanapun, Diablo Immortal menawarkan gaya permainan dunia terbuka yang menarik, mekanik lawan yang mudah difahami tetapi sedikit rumit dalam sistem crafting mereka.

Sekiranya Blizzard mengurangkan sedikit kos urus niaga mikronya (microtransaction), sudah tentu Diablo Immortal akan menjadi RPG mudah alih terbaik ketika ini.

Muat turun di Google Play

{snap}

Disney Mirrorverse




Disney Mirrorverse adalah sama seperti Diablo Immortal, sebuah game dengan genre RPG tetapi sedikit berbeza dalam mekanik perlawanannya.

Selain itu, game ini mempunyai pelbagai pilihan karakter menarik yang terdiri daripada antagonis dan protagonis filem Disney.

Tidak lupa juga, game ini direka secara baik di mana ia mudah untuk dimainkan oleh si pemula mahupun peminat game RPG yang berpengalaman.

Muat turun di Google Play

{snap}

Tower of Fantasy




ToF adalah salah satu pelancaran terbesar bagi tahun 2022 dan sebuah MMORPG dalam dunia terbuka dengan mekanisme sistem gacha padanya. Ia hadir dalam dunia fantasi dan futuristik yang telah diserasikan bersama.

ToF mempunyai tetapan dan konfigurasi kawalan yang agak rumit sikit berbanding Genshin Impact. Hal ini demikian kerana ToF merupakan pesaing rapat bagi game tersebut.

Walau bagaimanapun, ToF adalah sebuah game yang cemerlang dan amat disarankan pembaca untuk mencubanya.

Muat turun di Google Play

{snap}

Apex Legends Mobile




Apex Legends Mobile adalah GOTY untuk permainan video mudah alih bagi tahun 2022 ini. Apex Legends Mobile menawarkan gaya permainan versi asalnya di PC tetapi telah dioptimumkan bagi platform mudah alih.

Apex Legends Mobile tawarkan pengalaman permainan dengan grafik yang cemerlang, lancar dan unik berbanding pesaing yang lain.

Seperti yang pembaca tahu, Apex Legends Mobile mempunyai karakter dengan kemahiran yang unik untuk memenangi setiap perlawanan

Apex Legends ketika ini sebaris dengan game lain seperti CoD: Mobile dan PUBG Mobile tetapi dengan estetik yang lebih unik, menarik dan lain daripada yang lain.

Muat turun di Google Play