CES 2017: NVIDIA Mempamerkan XAVIER Sebuah Platform Komputer AI 'Self-Driving Car'

CEO NVIDIA, Jen-Hsun Huang mempamerkan sebuah platform artificial intelligence untuk kereta semasa acara CES 2017 harini ini di, Las Vegas. NVIDIA secara khususnya juga mengumumkan pelancaran sebuah AI supercomputer yang digelar sebagai Xavier yang membenarkan sebuah kereta memandu dengan sendiri (self-driving).

Xiavier adalah sebuah 'auto-grade' yang dibina dengan Volta GPU 512-Core dan platform AI yang mampu mempelajari tingkah laku manusia bagaimana untuk memandu sebuah kereta. NVIDIA semasa CES 2017 harini menggunakan kereta Lincoln BB8 untuk mencuba fungsi AI Xavier.

Yang menarik tentang Xavier ini adalah ianya boleh memahami dan mempelajari dengan sendiri cara pemanduan kereta. Xavier juga dilengkapi dengan peta terbina yang disimpan di dalam 'Cloud'. Menurut Jen-Hsun Huang, kepintaran Xavier membenarkan ia mengawal kereta secara automatik dan menyesuaikan setiap belok atau jalan yang sempit dengan sendirinya.

Anda boleh lihat video dibawah yang memaparkan sebuah jurutera NVIDIA menggunakan Xavier untuk membawanya ke Starbucks. NVIDIA sebenarnya telah mencuba sistem yang sama seperti ini beberapa kali sebelum ini, ternyata Xavier adalah ciptaan paling 'advance' dari mereka setakat ini.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=fmVWLr0X1Sk[/embed]

untitled

Syarikat tersebut juga mengumumkan kerjasama dengan syarikat pembuat kereta Audi. AI Xavier ini bakal dilihat sepenuhnya menerusi kereta SUV Q7 semasa acara CES 2017 berlangsung. Mereka juga menambah kerjasama antara kedua-dua pihak diharapkan akan menghasilkan kereta pintar dengan sistem AI pada tahun 2020.

Berita ini dipetik daripada liputan langsung dari Engadget untuk acara CES 2017 yang berlangsung di Las Vegas awal pagi ini.