Webe Menawarkan Pelan Tanpa Had Serendah RM 79

PERSAINGAN telco-telco di Malaysia semakin rancak dengan kadar internet dan semakin ramai pesaing-pesaing baru akan menempatkan diri di pasaran Malaysia. Satu khabar baik dari Telco baru iaitu Webe akan melancarkan satu Plan yang sangat jimat dengan menawarkan plan internet tanpa had hanya pada harga RM79. Namun mengikut poster dari Webe, peluang ini hanya dalam masa yang terhad sahaja.

 

webe-buka-tawaran-rm79-untuk-semua

Pada permulaan operasi di Malaysia sejak bulan April yang lalu, Webe cuba mendekati hati pengguna dengan plan data internet level marhaen iaitu 20GB sebulan serta percuma 1000 SMS dan 1000 minit panggil dengan harga serendah RM8. Terdapat beberapa lagi pelan yang agak rumit difahami termasuklah harga diskaun. Kini anda tidak perlu menggaru kepala lagi kerana mereka telah menetapkan satu pelan untuk semua dengan harga yang berpatutan untuk pelan internet tanpa had. Sebelum ini, pelan ini berharga RM199 dan kini anda hanya perlu membayar RM79 sahaja. Harga yang paling murah berbanding pelan telco lain yang berada di pasaran.

Namun yang kurang menarik tentang pelan ini, ianya tidak boleh dikongsi dengan rakan lain. Anda boleh membuka 'hotspot' tetapi anda perlu membayar RM6 untuk jangka masa perkongsian internet selama 2 jam. Terdapat juga diskaun yang akan diberikan jika anda membuat talian tambahan sebanyak RM30. Anda boleh menambah talian tambahan sebanyak 5 kali. Selain daripada itu, anda juga diberi diskaun sebanyak RM2 jika membayar menggunakan auto-debit.

Tunggu apa lagi. Jika anda sudah penat dengan Maxis, Digi, Celcom dan seangkatan, berubahlah ke Webe. Jangan risau, tiada kontrak. Oh, tetapi jangan lupa anda perlu menyemak kawasan liputan 4G LTE & 3G di www.webe.com.my.