Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Bakal Perkenalkan Dua Versi Galaxy S8

Samsung Bakal Perkenalkan Dua Versi Galaxy S8

Diterbitkan Disember 29, 2016 · Dikemas kini Disember 29, 2016 oleh Haikel Areff

Samsung sekali lagi bakal menggunakan modus operandi yang sama dengan dua jenis cipset yang berbeza untuk peranti baru mereka, S8 pada tahun hadapan. Seperti S7, S8 juga akan datang dengan dua versi cipset iaitu Qualcomm Snapdragon atau cipset dari Samsung sendiri, Exynos 8895. Antara khabar angin yang bermain di laman internet mengatakan CPU akan dibina pada kadar 3GHz. Selain itu, ada juga yang mengatakan Exynos 8895 akan menggunakan rekaan GPU ARM Mali-G71, antara yang terbaik ketika ini.

gsmarena_002-1

Seperti yang anda lihat di atas, ianya adalah perbandingan spesifikasi cip Exynos dan Snapdragon 835. Cip Exynos 8895 dilihat hadir dengan dua versi yang mempunyai spesifikasi yang sama kecuali ianya mempunyai GPU/CPU berbeza. Exynos 8895M memiliki keupayaan yang lebih tinggi berbanding 8895V dengan perbezaan 200MHz.

GPU Mali-G71 yang digunakan dalam cip Exynos ini akan memiliki 20 teras untuk model premium-M dan 18 teras untuk model-V. Exynos 8895 mempunyai sokongan RAM LPDDR4, storan UFS 2.1, skrin 4K, dan Cat.16 LTE.

Melalui gambar yang tertiris ini juga mengesahkan Snapdragon 835 akan dibina menggunakan teras Kyro yang disukat pada kadar 3 GHz, manakala teras yang lain hanya pada 2.4GHz. Manakala untuk GPU pula cip Snapdragon menggunakan Adreno 540 juga dengan sokongan RAM LPDDR4, storan UFS 2.1, skrin 4K, dan Cat.16 LTE.

Samsung Galaxy S8 dilihat akan dipasarkan mengikut lokasi yang berbeza. S7 yang di jual di  Malaysia sebelum ini menggunakan cipset Exynos 8890 Octa-Core. Kemungkinan besar S8 akan dipasarkan di Malaysia dengan versi Exynos 8895.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY