CEO realme Kongsikan Hasil Rakaman Malam realme 3 Pro

Reading Time: 1 minute

Sebahagian daripada anda mungkin sudah maklum bahawa realme 3 pro bakal dilancarkan secara rasmi pada 22 April depan.

Lebih kurang seminggu yang lalu juga, CEO realme, Madhav Seth ada berkongsikan hasil rakaman foto yang dikatakan diambil menggunakan realme 3 Pro.

Kini, menambah lagi keterujaan peminat jenama tersebut, beliau tampil sekali lagi berkongsikan gambar, kali ini menunjukkan keupayaan rakaman malam dari peranti model tersebut.

Spekulasi menyatakan realme 3 Pro menyertakan sensor 16MP sebagai lensa utama dan mungkin jenis yang sama seperti OnePlus 6T.

Apa pandangan anda tentang hasil gambar waktu malam realme 3 Pro ini?