Realme 3 Pro Bakal Dilancarkan 22 April Ini

Pihak realme sedia melancarkan peranti generasi baru mereka bulan lalu iaitu realme 3. Kini bakal mengambil alih pentas utama realme adalah versi pro yang dikhabarkan pelancarannya pada 22 April 2019.

Tidak banyak maklumat yang didedahkan pada poster pelancaran peranti tersebut yang tertera dengan "Speed Awakens".

Terdahulu, realme ada membayangkan versi pro ini bakal menjadi pesaing terdekat kepada Redmi Note 7 Pro melalui kicauan Twitter.

Baru-baru ini, CEO realme India, Madhav Seth dilaporkan telah berkongsi sampel gambar yang diambil menerusi Realme 3 Pro.

Maklumat lengkap mengenai realme 3 Pro masih lagi belum dapat dipastikan dan sama-sama kita nantikan 22 April ini.

Sumber: GSMArena