CEO One Plus Belanja Gambar Yang Diambil Pada Waktu Malam Guna One Plus 5

CEO OnePlus, Pete Lau telah memuat naik satu gambar yang didakwa diambil menggunakan flagship terbaru mereka OnePlus 5 di satu laman web China, Weibo. Gambar yang dikongsikan oleh Pete Lau memperlihatkan keupayaan 'low-light' kamera OnePlus 5 yang gempak.

Kalau kita tengok dengan terperinci, 'noise' yang dihasilkan sangat rendah. Gambar banggunan juga sangat jelas walaupun diambil pada waktu malam.

OnePlus 5 disahkan akan menggunakan sensor sebesar 16MP dengan aperture sebesar f/1.8. Jadi gambar yang diambil pun dilihat sangat tajam. Kami yakin OnePlus 5 akan mempunyai kamera yang sangat power setaraf dengan S8, P10 dan iPhone 7.



Kat bawah ni pula adalah beberapa gambar contoh yang juga menggunakan OnePlus 5.







Menurut khabar angin lagi, ada juga laporan mengatakan OnePlus 5 akan dibina dengan rekaan yang nipis. Ada yang kata rekaan ira-iras iPhone. Kita tengok jelah nanti. Flagship ini akan dijadualkan perasmiannya bermula pada 20-22 Jun ini mengikut negara berbeza.

Baru-baru ini OnePlus juga telah menayangkan peranti OnePlus 5 bersama pilihan warna baru. Antara spesifikasi yang dah confirm adalah seperti RAM sebesar 8GB dan cip pemprosesan Snapdragon 835.



 

So, dah tak lama dah. Sama-sama kita nantikan.

 

Sumber