Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
12VHPWR-melted-adapter-cable-reddit-15 (1)

Isu Kabel RTX 4090 Cair, NVIDIA Kata Pengguna Yang Salah Pasang

Diterbitkan November 30, 2022 oleh Firdaus

Kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090 mempunyai isu dan masalah plug kuasanya yang mencair selepas dipasang oleh pengguna sebelum ini.

Dan akhirnya, NVIDIA telah mengulas dan menjawab berkenaan isu tersebut yang sebelum ini menghantui komuniti PC global.

Apa Jawapan NVIDIA?

Mengikut NVIDIA, pengguna GPU tersebut tidak memasangkan plug kuasanya dengan betul. Ketika pemasangan itu dibuat, pengguna memikirkan mereka telah memasang dengan lengkap tetapi tidak sebenarnya.

Isu Kabel RTX 4090 Cair, NVIDIA Kata Pengguna Yang Salah Pasang

NVIDIA juga isu plug kuasa mencair ini boleh berlaku sekiranya ia tidak dipasang dengan betul dan lengkap. Terutamanya, apabila GPU tersebut beroperasi apabila sistem PC itu diaktifkan pengguna.

Isu Kabel RTX 4090 Cair, NVIDIA Kata Pengguna Yang Salah Pasang

Oleh itu, NVIDIA menasihatkan pengguna untuk menghubungkan dahulu GPU dengan kabel sebelum memasangnya pada PC case.

Persoalan?

Walau bagaimanapun, ramai orang berpendapat rekaan plug kuasa yang menghubungkan kabel dengan GPU itu membuatkan ia terlalu susah untuk dipasangkan sepenuhnya.

Nak-nak pula, pengguna sudah tentu berhati-hati dalam memasangnya dek kerana tanda harga rasmi yang begitu mahal, USD1,599 (~RM7,150.00).

NVIDIA Lancar GeForce RTX 4080 Dan RTX 4090, Harga Dari ~RM4106

Selain itu, ingin juga saya bertanya kepada NVIDIA kenapa membiarkan GPU itu beroperasi walaupun ketika plug kuasanya tidak dipasang dengan betul pada awalnya.

Walaupun saya bukan jurutera, tetapi bukankah kabel sesebuah plug itu tidak sepatutnya menerima sebarang kuasa sekiranya ia tidak disambungkan dengan betul?

Berkaitan

  • Isu 'Power Adapter' RTX 4090 Mencair, NVIDIA Bakal Berdepan Saman
  • Sony Dilihat Beri Gambaran Tarikh Pelancaran PlayStation 6
  • James Gunn - Saya Nak 'Games' Dan Filem Dalam Satu 'Universe' Yang Sama
  • Microsoft Tawar Kemas Kini Windows 11 Preview Terakhir Bagi Tahun 2022
  • PICO 4 Ada Potongan Harga Sempena Jualan Krismas

NVIDIA mungkin boleh memasang label amaran tentang risiko pemasangan yang tidak lengkap pada plug kabel kuasanya.

Sumber:  Gamer Nexus, extremetech

Gambar utama: PC World

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY