Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Celcom Digi gabung

Celcom Dan Digi Mungkin Bergabung, Jadi Telco Terbesar Di Malaysia

Diterbitkan April 8, 2021 oleh Amalina Athman

Celcom Axiata Bhd kini dilaporkan mungkin bergabung dengan Digi.Com Bhd untuk menjadi penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbesar di Malaysia.

Menurut The Edge Market, gabungan ini melibatkan operasi di Malaysia dan tidak seperti rancangan sebelumnya yang cuba untuk menggabungkan operasi bagi rantau Asia.

Penggabungan ini dijangka akan memberikan manfaat dari segi kewangan, walaupun setiap pihak tidak memegang saham dalam kedua-dua entiti. Penganalisis turut berpendapat gabungan ini merupakan langkah yang baik.

Sementara menunggu pengumuman, perdagangan saham Axiata Group dan Digi.Com juga telah digantung buat sementara waktu.

Axiata dijangka akan membuat sidang media mengenai gabungan Digi dan Celcom pada tengah hari ini.

Sumber: The Edge Market

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY