Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cat Tahan Api Pelajar UTM Raih Anugerah Antarabangsa

Cat Tahan Api Pelajar UTM Raih Anugerah Antarabangsa

Diterbitkan November 10, 2025 · Dikemas kini November 10, 2025 oleh ariff bukhari

Tiga pelajar tahun dua dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM — Azam Fahmi Ahmad Fazli, Muhammad Faris Muhammad Anas, dan Muhammad Hafizuddin Mustapa — telah meraih pingat perak di pertandingan International Undergraduate Innovation Competition 2025 (IUIC’25) yang berlangsung di UTHM, Batu Pahat.

Projek mereka, “Fire-Retardant Paint”, bertujuan mengurangkan risiko kebakaran di kawasan luar bandar yang masih banyak menggunakan rumah kayu.

“Projek ini diilhamkan oleh komuniti luar bandar yang sering kekurangan kesedaran dan akses kepada langkah keselamatan kebakaran. Kebanyakan rumah di luar bandar diperbuat daripada kayu, yang mudah terbakar. Matlamat kami adalah dengan menggunakan produk kami, kerosakan akibat kebakaran di kawasan luar bandar dapat dikurangkan.” jelas ketua pasukan Azam Fahmi.

Cat ini dirumus secara kos rendah dan mampu melambatkan penyebaran api, memberi lebih masa kepada penghuni untuk bertindak.

Cat Tahan Api Pelajar UTM Raih Anugerah Antarabangsa

Dibimbing oleh Dr. Mohd Haziq Dzulkifli, pasukan ini menonjol dalam kalangan hampir 100 penyertaan dari Malaysia, Indonesia dan Jepun.

Mereka kini sedang menambah baik formulasi dan bercadang untuk mengkomersialkan produk tersebut.

Berkaitan

  • Reka Bentuk Tahan Gempa Pelajar UTM Raih 2 Anugerah Antarabangsa
  • (Video) Ciptaan Pelajar Malaysia Terpilih Untuk Top 20 James Dyson Award 2025
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY