Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PIxel 7 Casetify

Casetify Telah Melancarkan ‘Casing’ Baharu Untuk Siri Pixel 7

Diterbitkan Oktober 19, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Google telah menjalankan kerjasama antara beberapa pengilang aksesori supaya dapat menghasilkan kualiti yang terbaik dalam bekas telefon, skrin pelindung dan lebih lagi untuk peranti-peranti Pixel. Pada tahun ini, Casetify telah memasuki program Made for Google dengan beberapa bekas telefon yang baharu untuk Pixel 7 dan Pixel 7 Pro.

Dari kolaborasi antara jenama yang terkenal seperti Harry Potter dan One Piece, sehinggalah rekaan sendiri yang boleh diubahsuai, Casetify telah meliputi semuanya dan kini sudah tersedia di laman utama mereka untuk dijual.

Casetify Telah Melancarkan ‘Casing’ Baharu Untuk Siri Pixel 7

Sarung-sarung telefon yang mempunyai gred MIL-STD-810G ini telah memberi lebih impak dan dikatakan mampu dapat bertahan dari terjatuh setinggi 2.5 meter kerana aspek EcoShock yang telah dimasukkan.

Berkaitan

  • Sebilangan Pengguna Lapor Isu Skrin Pada Google Pixel 7 Pro
  • Ura-Ura: OnePlus 11 Pro Mungkin Hanya Dipanggil Sebagai OnePlus 11
  • Siri Pixel 7 Bakal Menerima Google One VPN Secara Percuma Menjelang Disember 2022
  • "Tak Apa Rugi, Kami Tetap Bagi Internet Starlink Percuma Kepada Ukraine" - Elon Musk
  • Garmin Ada ‘Casing’ Telefon, Kolaborasi Dengan Pereka Tempatan

Casetify menggunakan 65% plastik yang digunakan semula untuk sarung telefon Pixel 7 dan Pixel 7 Pro. Ia lebih banyak daripada Made for Google sendiri di mana syarikat itu hanya menggunakan 35% sahaja.

Casetify juga memberi peluang kepada anda untuk memasuki program kitar semula mereka di mana pengguna boleh menghantar sarung telefon yang lama dan diubahsuai semula oleh syarikat tersebut.

Program ini menguntungkan kepada mereka yang ingin mengurangkan perbelanjaan terhadap aksesori telefon dan tidak mahu melakukan pembaziran secara berlebihan terhadap plastik.

Foto utama: 9to5google

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY