Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing ear(1) Black Edition Tiba Di Malaysia Esok, Harga Tetap Sama RM499

Nothing ear(1) Black Edition Tiba Di Malaysia Esok, Harga Tetap Sama RM499

Diterbitkan Disember 7, 2021 oleh Meor Hasyim

Beberapa hari lalu, Nothing telah membuat kejutan memperkenalkan ear(1) Black Edition yang buatkan Bangman menggeletar.

Terbaru, mereka telah mengumumkan ear(1) Black Edition bakal tiba di Malaysia bermula 8 Disember ini.

Sebagai konteks, sebelum ini ear(1) adalah merupakan fon telinga berkonsepkan lutsinar yang hadir dengan ciri ANC, pemacu 11.6mm, IPX4 dan juga ketahanan bateri mencecah 34 jam lamanya.

Nothing (1) black edition closed case-min

ear(1) Black Edition hanyalah versi kemasan hitam TWS tersebut dan menariknya ia hadir dengan harga yang sama seperti sebelum ini iaitu RM499.

Sebagai pengenalan model baharu ini, Nothing telah bekerjasama dengan Crossover Malaysia – sebuah jenama kasut dan gaya hidup premium.

Sehubungan dengan itu, ear(1) Black Edition ini hanya boleh dibeli secara eksklusif walk-in di Crossover Online, Sunway Pyramid, dan Mid Valley bermula 8 Disember. Stok adalah terhad, siapa cepat dia dapat.

Namun, untuk jualan biasa, TWS ini boleh dibeli bermula 17 Disember di Shopee,  SenQ, Harvey Norman, DirectD, dan lain-lain.

Tambahan, Nothing juga turut mengumumkan jenama itu kini sudah bebas karbon.

Nothing ear(1) Black Edition Tiba Di Malaysia Esok, Harga Tetap Sama RM499

Menurut Carl Pei, CEO dan pengasas-bersama Nothing, “Nothing mahu membuat perubahan positif dan ear(1) Black Edition ini adalah langkah pertama untuk perjalanan kelestarian Bumi kami.

Sumber: Siaran Akhbar Nothing Malaysia

Baca Juga:

  • Nothing Ear (1) Black Edition Buat Abang Menggeletar
  • Nothing ear (1) Bukan Sekadar ‘Hype’

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY