Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Logo Android

Cara Untuk Mengembalikan Semula Aplikasi Yang Dibuang Dalam Peranti Android

Diterbitkan November 29, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Pemadaman aplikasi di telefon pintar Android secara tidak sengaja sudah menjadi sebuah kebiasaan yang seringkali dilakukan oleh pengguna.

Ini merupakan sebab-sebab pengguna kehilangan aplikasi mereka tanpa sedar:

  • Pengguna secara tidak sengaja membuang aplikasi tersebut.
  • Perisian hasad telah diubah, rosak atau memadam fail yang tersimpan dalam peranti termasuk fail khususnya untuk aplikasi-aplikasi tertentu. Aplikasi antivirus juga boleh menyebabkan kehilangan beberapa aplikasi sepanjang proses pembersihan.
  • Peranti berkenaan mengalami set semula kepada versi kilang di mana semua aplikasi yang pernah dipasang akan terpadam secara automatik.
  • Penukaran peranti baharu di mana beberapa aplikasi akan ditinggalkan semasa proses pemindahan data.

Isu ini boleh terjadi kepada mana-mana pengguna Android. Jadi, ini merupakan solusi untuk mengembalikan semula aplikasi-aplikasi tersebut:

  1. Lancarkan aplikasi Google Play Store.
  2. Tekan pada ikon Google account menu yang terletak di hujung kanan skrin.
  3. Di dalam ruangan itu, tekan pada bahagian “Manage Apps and device“.
  4. Pilih bahagian Manage bersebelahan dengan Overview.
  5. Tekan bahagian “Installed” dan tukarkannya kepada “Not Installed“.

Pengguna akan menjumpai senarai-senarai aplikasi yang telah dibuang sebelum ini. Tekan pada ikon aplikasi tersebut untuk memuat turun semula.

Cara Untuk Mengembalikan Semula Aplikasi Yang Dibuang Dalam Peranti Android
Cara Untuk Mengembalikan Semula Aplikasi Yang Dibuang Dalam Peranti Android
Cara Untuk Mengembalikan Semula Aplikasi Yang Dibuang Dalam Peranti Android
Cara Untuk Mengembalikan Semula Aplikasi Yang Dibuang Dalam Peranti Android
Cara Untuk Mengembalikan Semula Aplikasi Yang Dibuang Dalam Peranti Android

Jika pengguna ingin memuat turun beberapa aplikasi dengan serentak, mereka hanya perlu menekan kotak kecil yang terletak pada hujung senarai aplikasi tersebut.

Cara Untuk Mengembalikan Semula Aplikasi Yang Dibuang Dalam Peranti Android

Dengan cara ini, pengguna dapat ‘menyelamatkan’ aplikasi-aplikasi yang telah dibuang sebelum ini tanpa perlu mencarinya satu demi satu.

Berkaitan

  • Siri Samsung Galaxy S23 Dikatakan Bakal Diperkenal Pada Februari 2023
  • Tidak Sedar Data 500 Juta Pengguna Dicuri, Meta Didenda Lebih RM1 Bilion
  • Asus ExpertBook B9, 'Laptop' 14 Inci Yang Paling Ringan Buat Masa Ini
  • Ini Senarai 11 Aplikasi Dan Permainan Terbaik Untuk iPhone, iPad, Apple TV, Apple Watch Dan Mac 2022
  • WHO Cadangkan Nama Baru Untuk Penyakit Cacar Monyet

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY