Cara Tebus Internet Percuma Sepanjang Tempoh PKP

Menerusi perutusan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan internet percuma untuk semua bermula hari ini. Berdasarkan pengumumuman tersebut, internet percuma 1GB sehari akan diberikan sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tamat.

Semua tawaran internet percuma ini boleh digunakan setiap hari sepanjang tempoh kawalan bermula 8 pagi hingga 6 petang. Untuk mendapatkan 1GB data internet percuma ini, anda perlu lakukan penebusan seperti di bawah:

Digi




Semua pelanggan Digi boleh menebus 1GB internet berkelajuan tinggi setiap hari. Bagi pelanggan Digi Prepaid, anda boleh klik di sini. Setelah itu, klik pada "Get" di bahagian laman Box of Surprise pada aplikasi MyDigi.

Bagi pengguna Digi Postpaid, internet percuma boleh ditebus melalui aplikasi MyDigi di bahagian MyDigi Rewards. Klik di sini untuk mendapatkannya. Sebagai alternatif, anda juga boleh mendapatkannya dengan mendail kod UMB  *128* 88# bagi pengguna prabayar atau *238*88# untuk pengguna pasca bayar. Setelah selesai menebus, internet percuma ini akan diperbaharui secara automatik.

Celcom




Mulai 1 April, semua pelanggan prabayar, pascabayar & perniagaan Celcom akan menerima internet 1GB percuma secara automatik dari jam 8 pagi hingga 6 petang dan diperbaharui secara automatik pada setiap hari. Tiada rollover bagi internet harian yang tidak digunakan.

ONEXOX




Bagi pelanggan ONEXOX Prepaid, BLACK dan Nusantara Mobile, internet percuma boleh ditebus menerusi aplikasi ONEXOX Black atau dail *150#, pergi ke "[More]" dan pilih "Daily Free 1GB" serta tekan "Redeem Now".

Penebusan hanya perlu dilakukan sekali sahaja dalam tempoh pemberian internet percuma ini. Setelah itu, 1GB percuma akan dikreditkan secara automatik pada hari-hari seterusnya.⁣ Bagi internet percuma yang tidak habis digunakan, ia akan dilupus selepas 6 petang secara harian.

TuneTalk


cara tebus internet percuma

Terlebih dahulu, pelanggan Tunetalk perlu memastikan akaun adalah aktif bagi menikmati tawaran ini. Untuk menebus, hanya perlu SMS STAYHOME dan hantar ke 2222. Kemudian, anda akan menerima notifikasi bagi setiap pengaktifan yang berjaya dan anda akan menerima internet 1GB secara automatik untuk setiap hari.

UMobile


cara tebus internet percuma

Data harian percuma ini boleh digunakan bagi semua pelanggan U Mobile iaitu pengguna prabayar, pascabayar dan jalur lebar. Akan tetapi ia tidak boleh digunakan oleh pengguna WeChat. Untuk mendapatkan 1GB data percuma tersebut, anda boleh menebus melalui aplikasi MyUMobile atau lakukan penebusan seperti di bawah :

  • Bagi pengguna prabayar : Dail *118*6# dan pilih Special Offer

  • Bagi pengguna pascabayar : Dail *118*7# dan pilih Special Offer


Maxis


Bagi pelanggan Maxis, penebusan data internet percuma tidak diberikan secara automatik yang bermaksud anda perlu menebus secara harian.

Untuk menebus:

  • Pengguna Maxis Postpaid - Menerusi aplikasi Maxis, klik pada Get More Data dan pilih FREE 1GB/Day Pass pada bahagian Time Based Pass

  • Pengguna Maxis Business Postpaid - Menerusi aplikasi Maxis Business, klik pada Get More Data dan pilih FREE 1GB/Day Pass pada bahagian Time Based Pass

  • Pengguna Hotlink Postpaid - Menerusi aplikasi Hotlink Postpaid, klik pada Get More Data dan pilih FREE 1GB/Day Pass pada bahagian Time Based Pass

  • Pengguna Hotlink Prepaid - Menerusi aplikasi Hotlink, klik pada Homepage Banner dan pilih FREE 1GB/Day Pass. Pas ini juga boleh ditebus melalui tab Shop.


Masa penebusan bagi pelanggan Maxis Postpaid, Maxis Business Postpaid, Hotlink Postpaid adalah sepanjang hari manakala bagi pelanggan Hotlink Prepaid, penebusan boleh dilakukan bermula 6 pagi sehingga 6 petang.

Untuk pelanggan Hotlink Postpaid & Fibre, anda akan menerima pas 30GB dengan tempoh sah 30 hari. Penebusan boleh dilakukan melalui aplikasi Maxis dengan cara klik pada Get More Data dan pilih FREE 30GB 30-Day Pass pada bahagian Time Based Pass. Hanya sekali penebusan boleh dilakukan sepanjang tempoh kawalan ini.

Akhir sekali, semua pelanggan Maxis boleh menggunakan internet percuma ini bermula 8 pagi sehingga 6 petang.