U Mobile Tawarkan 1GB Data Harian Percuma, Ini Cara Untuk Tebusnya

Berikutan mengenai tempoh PKP yang telah dilanjutkan hingga 14 April, U Mobile kini menawarkan 1GB data harian percuma kepada semua pelanggannya. Tawaran ini boleh didapati bermula 1 April nanti sehingga tamat tempoh PKP.

Data harian percuma ini boleh digunakan bagi semua pelanggan U Mobile iaitu pengguna prabayar, pascabayar dan jalur lebar. Akan tetapi ia tidak boleh digunakan oleh pengguna WeChat. Data 1GB ini juga akan tersedia kepada pelanggan mulai jam 8 pagi sehingga 6 petang setiap hari.

Data percuma ini sah untuk kegunaan domestik sahaja dan pengguna boleh berkongsi melalui tethering. Sekiranya data harian 1GB tersebut habis digunakan, pengguna akan menerima notifikasi berbentuk SMS dan penggunaan data akan diteruskan menggunakan kuota data sedia ada.

u mobile

Selain itu, pengguna juga boleh nikmati data hotspot dua kali ganda dari U Mobile melalui kempen The Hottest Spot. Tawaran ini ditawarkan bagi pelan GX38, GX50, GX68, Unlimited HERO P99 dan Unlimited HERO P138.

Untuk mendapatkan 1GB data percuma tersebut, anda perlu lakukan penebusan seperti di bawah :

  • Bagi pengguna prabayar : Dail *118*6# dan pilih Tawaran Istimewa

  • Bagi pengguna pascabayar : Dail *118*7# dan pilih Tawaran Istimewa

Berkaitan