Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows 11_toms hardware credit

Cara Semak Sama Ada PC Windows 11 Anda Sokong Mod Tidur Baharu

Diterbitkan Februari 12, 2026 · Dikemas kini Februari 12, 2026 oleh ariff bukhari

Tahukah anda bahawa dalam semua PC Windows 11 baharu, ia tersedia didatangkan dengan ciri yang dikenali sebagai “Modern Standby”.

Ia merupakan mod tidur seperti telefon iaitu keadaan melahu dengan penggunaan kuasa yang sangat rendah.

Untuk mengesahkan ciri tidur Modern Standby disokong oleh PC anda, anda perlu membuka Command Prompt dan menjalankan arahan berikut: powercfg /a

Jika anda melihat S0 Low Power Idle, ini bermakna anda telah mendayakan Modern Standby pada PC anda.

Modern Standby

Kebanyakan PC baharu kini tersedia dengan Modern Standby ini kerana ia telah ditetapkan oleh Microsoft.

Walau bagaimanapun, terdapat pepijat yang menyebabkan komputer boleh terbangun sendiri akibat proses latar belakang, sekali gus mengurangkan hayat bateri tanpa disedari pengguna.

Kini, Microsoft mengesahkan bahawa mereka telah menyelesaikan isu ini melalui kemas kini Windows 11 versi 24H2 dengan memperkenalkan mekanisme baharu di mana jika sistem mengesan penggunaan bateri yang tinggi ketika mod Standby, ia akan mengehadkan sumber bangun semula hanya kepada tindakan langsung pengguna seperti membuka penutup atau menekan butang kuasa.

Langkah ini memastikan komputer tidak lagi terjaga tanpa sebab, sekali gus meningkatkan kecekapan tenaga dan pengalaman pengguna.

Kemas kini Windows 11 versi 24H2 sudah pun mula ditawarkan kepada semua sejak Jun 2024 lalu.

Jika anda belum mengemas kini komputer riba anda. anda boleh lakukannya menerusi Settings > Windows Update.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Durioo+ Kini Tawar Akses Tontonan Percuma
  • iOS 26.3 Kini Tersedia - Mudahkan Pemindahan Data Ke Android, Lebih 35 Tampalan Keselamatan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY