Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
fujifilm GFX100S II

Fujifilm GFX100S II Dilancar – Sensor 102MP, Harga RM26,888

Diterbitkan Mei 29, 2024 oleh Muhd Idham

Hari ini, FUJIFILM Malaysia telah melancarkan satu produk kamera digital tanpa cermin (mirrorless) yang akan tersenarai dalam siri GFX iaitu FUJIFILM GFX100S II yang dilengkapi dengan sensor format 1.7 kali lebih besar daripada lensa 35mm.

Fujifilm GFX100S II Dilancar – Sensor 102MP, Harga RM26,888

Untuk permulaannya, kamera digital ini hadir dengan kemampuan sensor tangkapan GFX 102MP CMOS II dan pengolah imej, X-Processor 5.

Berbeza daripada pendahulunya, model ini juga dilengkapi dengan ciri pengesanan subjek yang berasaskan teknologi kecerdasan buatan serta kemampuan autofokus dengan kelajuan tangkapan 7.0 FPS.

Selain daripada penstabilan imej 8-stop prestasi 5-axis, rakaman video juga boleh mencapai kualiti 4K/30P.

Bagi anda yang berminat, tempoh prapesan untuk FUJIFILM GFX 100S II telah pun bermula iaitu pada 16 Mei hingga 16 Jun 2024 dan boleh dilakukan melalui laman web rasmi FUJIFILM.

Harga yang ditetapkan adalah RM26,888 dan para pelanggan yang membelinya secara prapesan layak untuk menebus hadiah percuma bernilai RM5,235.

Sumber: Siaran Media FUJIFILM Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY