Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mod gelap

Cara Nak Aktifkan Mod Gelap Di Peranti Android

Diterbitkan Mac 4, 2022 oleh Firdaus

Sejak kali pertama mod gelap diperkenalkan, ia mendapat sambutan yang positif dan menggalakkan daripada pengguna. Mod gelap dapat mengurangkan dan menjimatkan penggunaan bateri peranti anda terutamanya jika anda menggunakan skrin jenis OLED.

Oleh itu, anda dapat menambah waktu penggunaan peranti sebelum perlu mengecasnya semula. Ramai orang memilih untuk aktifkan mod gelap di peranti mereka kerana ia dapat mengurangkan beban mata melihat skrin peranti dan memberi keselesaan ketika penggunaan di waktu malam.

Jika anda memakai peranti dengan Android 10 dan ke atas, jangan risau kerana kami akan berkongsikan kepada anda langkah-langkah untuk mengaktifkan mod gelap di peranti anda terutama buat yang masih belum tahu.

Langkah-langkah mengaktifkan mod gelap di peranti Samsung.

  1. Pergi ke dalam Settings di peranti Samsung anda.
  2. Cari pilihan Display dan tekan.
  3. Pilih Dark dan peranti anda akan memasuki ke dalam mod gelap.

Jika anda ingin menetapkan mod gelap anda secara berjadual, anda tetapkan jadual mod gelap anda di Dark Mode Settings.

Cara Nak Aktifkan Mod Gelap Di Peranti Android
Cara Nak Aktifkan Mod Gelap Di Peranti Android
Cara Nak Aktifkan Mod Gelap Di Peranti Android

 

Langkah-langkah mengaktifkan mod gelap di peranti Google Pixel.

Pembaca yang memiliki peranti Google Pixel, pastikan peranti anda itu menggunakan Stock Android 10 dan ke atas.

  1. Pergi ke Settings.
  2. Cari pilihan Display dan klik pada butang tersebut.
  3. Anda akan jumpa Dark Theme dan tekan untuk aktifkan mod gelap pada peranti anda.

Anda boleh menetapkan mod gelap peranti anda secara berjadual melalui pilihan Schedule dalam Dark Theme.

Cara Nak Aktifkan Mod Gelap Di Peranti Android
Cara Nak Aktifkan Mod Gelap Di Peranti Android
Cara Nak Aktifkan Mod Gelap Di Peranti Android

Langkah-langkah mengaktifkan mod gelap di peranti Xiaomi dan Redmi.

Jika anda memiliki peranti jenama Xiaomi atau Redmi, ini cara-cara untuk mengaktifkan mod gelap.

  1. Pergi ke Settings.
  2. Tekan butang Display dan anda akan melihat pilihan skema warna.
  3. Pilih Dark Mode.

Untuk menetapkan mod gelap secara berjadual, tekan pada Dark Mode Option.

Cara Nak Aktifkan Mod Gelap Di Peranti Android
Cara Nak Aktifkan Mod Gelap Di Peranti Android
Cara Nak Aktifkan Mod Gelap Di Peranti Android

Langkah-langkah mengaktifkan mod gelap di peranti OPPO.

Pengguna peranti keluaran Oppo boleh mengikuti langkah-langkah ini untuk mengaktifkan mod gelap anda.

  1. Pergi ke Setting peranti anda.
  2. Cari pilihan Display & Brightness dan klik pada butang tersebut.
  3. Akhir sekali, tekan pada skema warna Dark mode untuk aktifkannya.

Bagi mengaktifkan mod gelap secara berjadual di peranti Oppo, anda boleh tekan butang Auto Switch di bawah untuk melakukan tetapan.

WhatsApp Image 2022-03-04 at 4.17.21 PM
WhatsApp Image 2022-03-04 at 4.17.21 PM (1)
WhatsApp Image 2022-03-04 at 4.17.21 PM (2)

Kepada pembaca yang memiliki peranti selain daripada jenama yang saya telah kongsikan tadi, anda boleh mengikuti cara ini: Settings –> Display –> Dark Mode.

Jangan risau kerana peranti Android kebiasaannya akan meletakkan tetapan Dark Mode dalam bahagian Display, yang anda boleh akses melalui settings peranti itu.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam hal ini.

Sumber: Android Police

Baca juga:

  • Hitam Kelabu Tak Cukup Cantik, Google Mahu Tawar Warna Baharu Untuk Dark Mode
  • POCO X3 Pro Mula Terima Kemas Kini MIUI 13 Global Berasaskan Android 12
  • 3 Langkah Mudah Aktifkan ‘Dark Mode’ Pada Microsoft Word

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY