Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dark mode ms word (2)

3 Langkah Mudah Aktifkan ‘Dark Mode’ Pada Microsoft Word

Diterbitkan Februari 16, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Dengan penggunaan peranti dan gajet seharian, cahaya terpancar daripada skrin sememangnya memberikan kesan pada kesihatan mata. Mod gelap atau “dark mode” mula menjadi popular sejak beberapa tahun lepas kerana ia memberikan keselesaan pada penglihatan walaupun turut memberi kesan negatif lain.

Tahukah anda Microsoft Word juga menyokong mod gelap?

Menurut Microsoft, mod gelap ini hanya tersedia untuk Microsoft 365 namun jangan risau kerana Office edisi lain seperti Office 2013 dan ke atas masih menggunakan tema kelabu gelap (Dark Gray) yang juga tidak jauh berbeza. Ia boleh digunakan pada semua Windows 7 hingga Windows 11.

Ini langkah untuk menukar Microsoft Word anda ke mod gelap.

  1. Buka Word, tekan File.
    • step 1
  2. Tekan Account.
    • step 2
  3. Di bawah Office Themes, pilih Dark Gray atau Black.
    • step 3

Jika anda memilih Black, maka anda boleh mengubah warna ‘kertas’ tersebut sama ada kekal hitam atau putih seperti asal.

Caranya, tekan View dan dan tekan Switch Modes.

switch mode toggle

‘Kertas’ yang berwarna hitam akan berubah ke warna putih seperti tema putih yang biasa.

switch mode 1

switch mode 2 ‘Kertas’ putih ini hanya terdapat dalam tema Black atau Hitam saja, pada Dark Gray sekalipun kertas akan mengikut warna tema iaitu kelabu gelap.

Bagaimanapun, mod gelap ini hanya disediakan untuk pengguna Microsoft Windows dan masih belum tersedia untuk pengguna Mac buat waktu ini.

Untuk maklumat terperinci, anda boleh ke laman Microsoft.

Baca juga:

  • Cara Untuk “Convert” Fail – Fail Word Kepada Google Docs
  • Cara Mudah Dan Betul Untuk Memasukkan Garisan Pada Microsoft Word
  • 4 Sebab Kenapa Dark Mode Telefon Pintar Mungkin Bahayakan Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY