Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bank Islam Tukar Duit Raya 2025

Pengguna Kini Boleh Tempah Tukar Duit Raya Guna Aplikasi BIMB, Ini Caranya

Diterbitkan Mac 11, 2025 · Dikemas kini Mac 11, 2025 oleh Amalina Athman

Menjelang hari raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, sudah menjadi tradisi tahunan untuk menukar duit raya. Pastinya ramai yang mula mencari peluang untuk mendapatkan wang kertas dalam kuantiti yang banyak.

Kini, bagi memudahkan pengguna tanpa perlu beratur panjang, Bank Islam memperkenalkan ciri eksklusif yang membolehkan permohonan penukaran duit raya dilakukan secara dalam talian menerusi aplikasi BIMB Mobile.

Pengguna Kini Boleh Tempah Tukar Duit Raya Guna Aplikasi BIMB, Ini Caranya

Cara mohon tukar duit raya guna aplikasi BIMB Mobile

Sebelum itu, perlu diingatkan bahawa setiap pengguna hanya dibenarkan membuat satu tempahan penukaran duit raya sahaja. Selain itu, permohonan hanya boleh dibuat dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu dari 10 Mac hingga 14 Mac 2025.

Berikut merupakan langkah mudah untuk memohon penukaran duit raya melalui aplikasi BIMB Mobile.

  1. Buka aplikasi BIMB Mobile dan klik “Jom Tukar Duit Raya” di tab “Home”.
  2. Tekan “Start” dan isi butiran yang diperlukan seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat e-mel.
  3. Kemudian, pilih negeri dan cawangan bagi urusan pengambilan duit raya tersebut.
  4. Klik “Next” dan pilih nilai serta kuantiti duit raya yang ingin ditukar – contohnya, RM10 sebanyak 20 keping, RM1 sebanyak 200 keping dan sebagainya.
  5. Setelah itu, klik “Next”, sahkan nilai penukaran duit raya dan klik “Confirm & Submit”.
Pengguna Kini Boleh Tempah Tukar Duit Raya Guna Aplikasi BIMB, Ini Caranya
Pengguna Kini Boleh Tempah Tukar Duit Raya Guna Aplikasi BIMB, Ini Caranya

Selesai! Pengesahan tempahan akan dihantar melalui e-mel, dan permohonan akan diproses dalam tempoh beberapa hari bekerja.

Namun begitu, perlu juga diketahui bahawa permohonan penukaran duit raya bergantung kepada kelulusan serta ketersediaan stok.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Sebelum Muat Turun, Ini Anda Perlu Tahu Mengenai Aplikasi BIMB Mobile
  • Peralihan Automatik Aplikasi GO Ke BIMB Mobile Bermula 3 Mac 2025
  • Kempen Ramadan & Raya Taobao, Belanja Dan Menang Duit Raya Setiap Minggu

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY