Cara Memohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

Kebanyakan individu yang sambung ke pengajian tinggi, pasti memohon PTPN bagi menampung kos semasa belajar.

Sekiranya anda pelajar Ijazah Sarjana Muda (bachelor degree) dan menamatkan pengajian dengan cemerlang, iaitu kelas pertama (first class degree), anda boleh memohon untuk mendapatkan pengecualian bayaran balik pinjaman tersebut.

Baca juga - Cara Tebus RM150 eBelia Dengan ShopeePay

Syarat-syarat Permohonan



  • Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa

  • Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Kelas Pertama oleh IPT

  • Tamat pengajian dalam tempoh yang ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman

  • Pinjaman tidak bertindih dengan penajaan lain

  • Kursus/Program peminjam dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menerima MQA

  • Memohon di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen

  • Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40


Oleh itu, ini adalah cara-cara bagaimana untuk memohon.

  1. Buka pautan ini (guna pelayar mozilla FireFox untuk paparan yang baik)

  2. Kemudian, log masuk dengan memasukkan nombor MyKad dan nombor pinjaman (hubungi Careline PTPTN 03-2193 3000 jika terlupa no. pinjaman)

  3. Setelah itu, tekan "mohon"

  4. Anda perlu mengemaskini segala maklumat diri seperti pengajian, pekerjaan , bujang atau sudah berkahwin, maklumat ibu bapa dan lain-lain

  5. Akhir sekali muat naik dokumen sokongan


Dokumen Yang Perlu Disertakan



  1. Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya (skrol)

  2. Salinan transkrip keputusan peperiksaan

  3. Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA (untuk peminjam IPTS)

  4. Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada ijazah)

  5. Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/transkrip)

  6. Dokumen pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik mengikut kategori yang ditetapkan




Kesemua dokumen yang disertakan ini perlu dalam bentuk PDF dan menerima pengesahan oleh:

  • Pengetua atau Guru Besar dari sekolah kerajaan sahaja

  • Penghulu, Penggawa, Tuai Rumah, Ketua Kaum atau Mukim bertauliah

  • Pegawai Kerajaan, Kumpula Pengurusan dan Profesional (Gred 41 atau Kumpulan A ke atas), Pengamal Undang-undang, Jaksa Pendamai atau Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (ahli Exco)


*cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan

Setelah selesai, klik "submit".

Semakan Status Permohonan


Status permohonan boleh diketahui dalam tempoh 60 hari daripada tarikh permohonan melalui:

  1. Klik pautan ini pada portal PTPN atau - https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama

  2. Surat akan dihantar ke alamat surat peminjam


Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan lain, boleh layari pautan ini atau menghadapi sebarang masalah, hubungi 03-2193 3000

Baca juga - Cara Memohon Pelanjutan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (COVID-19)

Berkaitan