Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ShopeePay wide

Cara Tebus RM150 eBelia Dengan ShopeePay

Diterbitkan Mei 31, 2021 · Dikemas kini Jun 2, 2021 oleh Amsyar Latif

Terdahulu, kerajaan telah mengumumkan penebusan kredit RM150 menerusi eBelia bermula esok, 1 Jun 2021.

Kredit tersebut boleh ditebus di Touch ‘n Go eWallet, Boost, ShopeePay dan BigPay.

Syaratnya adalah individu berumur 18 hingga 20 tahun dan penuntut IPT sepenuh masa. Bermakna, jika anda seorang berumur lingkungan tersebut atau pelajar IPT, anda layak menebusnya.

Baca juga – Penebusan Kredit RM150 eBelia Boleh Dibuat Bermula 1 Jun

Oleh itu, ini adalah cara bagaimana untuk menebus RM150 melalui ShopeePay memandangkan aplikasi ini kerap digunakan.

Shopee 2

Pertama sekali, buka aplikasi Shopee dan klik “ShopeePay” pada bahagian profil. Kemudian klik “Set up ShopeePay”, isi maklumat berkaitan serta lakukan pengesahan.

Cara Tebus RM150 eBelia Dengan ShopeePay
Akaun yang sudah ada “verified”

Selain itu, pengesahan perlu dibuat dengan mengambil swafoto bersama kad pengenalan (IC). Setelah selesai, anda hanya perlu klik “claim” sahaja yang akan terpapar bermula 1 Jun 2021. Sama seperti sebelum ini.

Cara Tebus RM150 eBelia Dengan ShopeePay
Paparan penebusan di aplikasi Touch ‘n Go eWallet

Akhir sekali, manfaatkanlah sebaiknya duit yang diterima itu dan berjimat cermat agar tidak membelanjakan kepada perkara tidak berfaedah.

Baca juga – Cara Tebus Kredit RM150 eBelia Menggunakan Aplikasi Boost

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY