Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cara mohon tangguh PTPTN covid19

Cara Memohon Pelanjutan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (COVID-19)

Diterbitkan Januari 20, 2021 · Dikemas kini Januari 20, 2021 oleh Amalina Athman

Dalam keadaan pandemik COVID-19, kerajaan sebelum ini telah memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN pada 19 Mac hingga 31 Disember 2020 kepada semua peminjam.

Kini, sekali lagi kerajaan mengumumkan inisiatif pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI). Pelanjutan ini akan diberikan kepada peminjam yang terjejas akibat bencana banjir atau COVID-19, untuk tempoh maksimum tiga (3) bulan di antara Januari hingga Mei 2021.

BULAN LULUS

Bagaimanapun, pelanjutan ini tidak diberikan secara automatik. Peminjam yang layak perlu membuat permohonan dan pengesahan kendiri (self-declaration) secara dalam talian di Portal Rasmi PTPTN.

Berikut adalah langkah untuk membuat permohonan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN.

Dapatkan Nombor Peminjam

Sebelum meneruskan proses permohonan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN, anda perlu mendapatkan nombor peminjam terlebih dahulu.

Cara Memohon Pelanjutan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (COVID-19)

1. Langkah pertama, log masuk ke portal semakan penyata PTPTN.

penyata baki

2. Kemudian, di bahagian menu pilih “Penyata Baki”.

Cara Memohon Pelanjutan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (COVID-19)

3. Tekan pada bahagian “Semakan No Pinjaman” dan nombor pinjaman akan dipaparkan. Salin nombor berkenaan.

Permohonan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN

cara mohon tangguh PTPTN covid19

1. Untuk langkah pertama, pergi ke portal Penangguhan Khas Bayaran Balik PTPTN.

cara mohon tangguh PTPTN covid19

2. Pilih penangguhan pelanjutan penangguhan bayaran balik akibat COVID-19 atau bencana banjir.

3. Isi maklumat perhubungan peminjam, pilih sebab permohonan serta maklumat pekerjaan.

Screenshot (6)

4. Setelah selesai, klik pada “Teruskan” dan tekan “Ya” pada tetingkap kecil yang dipaparkan.

cara mohon tangguh PTPTN covid19

5. Di bahagian ini, perakuan peminjam diperlukan. Tanda pada semua perakuan tersebut dan tekan “Hantar”.

Selesai. PTPTN akan memaklumkan status permohonan melalui e-mel yang dikemas kini semasa membuat permohonan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan peminjam diterima.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY