Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Tambah Lokasi Kedai Atau Perniagaan Anda Dalam Google Maps

Cara Untuk Padam Sejarah Google Maps Di Telefon

Diterbitkan Januari 27, 2023 · Dikemas kini Januari 30, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Google Maps merupakan salah satu aplikasi navigasi yang telah digunakan secara global.

Fungsi aplikasi ini adalah untuk memberikan panduan kepada pengguna untuk pergi ke destinasi yang ingin dituju.

Aplikasi ini juga selalunya sudah pun siap sedia dimuat turun di telefon Android.

Google Maps akan sentiasa memerhati lokasi dan garis masa setiap pengguna sepanjang mereka menggunakan aplikasi tersebut.

Oleh itu, sejarah carian atau lokasi yang dituju akan kelihatan jelas setiap kali membuka aplikasi tersebut.

Jadi, ini merupakan cara yang paling ringkas untuk pengguna Android memadam sejarah-sejarah lokasi mereka:

Buka aplikasi Google Maps di telefon anda dan tekan pada gambar profil yang terletak di hujung kanan skrin.

Screenshot Google Maps 3 Selepas itu, tekan bahagian Settings.

Screenshot Google Maps

Kemudian, tekan Maps History dan sahkan identiti jika perlu.

Screenshot Google Maps 2

Di sini, pengguna akan melihat aktiviti dan sejarah lokasi yang dicari atau dituju.

Screenshot Google Maps 4

Penguna boleh memadam tarikh dan lokasi dengan tekan simbol X pada setiap garis masa.

Untuk padam aktiviti secara berkumpulan, tekan bahagian Delete pilih masa yang ingin dipadam.

Pengguna juga boleh padam secara automatik dengan ciri Auto-Delete.

Screenshot Google Maps 5

Pengguna diberi pilihan untuk memadam aktiviti tersebut yang lebih lama dari 3, 18, dan 36 bulan.

Itu sahaja sedikit perkongsian dari saya, semoga bermanfaat!

Berkaitan

  • Lazada vs Shopee - 5 Perbezaan Ringkas Antara 2 Platform e-Dagang Popular Di Malaysia
  • Perbandingan Kad Prabayar Di Malaysia - BigPay, Wise, MAE, TNG Visa
  • Cara Mengunci PC Sejurus Anda Bergerak Berjauhan Dengannya
  • Cara Mudah Memadam Objek Tidak Diingini Pada Gambar
  • Cara Cari Mesej Di WhatsApp Berdasarkan Tarikh Di iPhone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY