Ini Cara Untuk 'Hilang Dari Radar' WhatsApp Ketika Anda Masih Online Di Telefon Pintar Android

Menerima mesej di WhatsApp bertalu-talu mungkin menjengkelkan anda. Jadi anda mungkin mahu menutup aplikasi WhatsApp dari menerima mesej.

Tetapi pada masa yang sama anda mahu sentiasa terhubung dengan internet menyebabkan telefon pintar anda terus menerima mesej-mesej WhatsApp.

Jangan risau kerana terdapat cara yang cukup mudah untuk anda tidak menerima mesej di WhatsApp tetapi pada masa yang sama anda boleh melayari internet tanpa gangguan mesej masuk ke dalam aplikasi tersebut.

Bahasa mudahnya, anda hilang dari radar WhatsApp.

Untuk itu, apa yang ada perlu lakukan adalah tap lama pada ikon WhatsApp sehingga keluar kotak dialog seperti di bawah. Kemudian tap pada ikon info (i) seperti yang ditandakan dalam kotak merah rajah di bawah.

Kapsyen: Anda juga boleh akses App Info melalui Settings > Apps > WhatsApp > App Info.


Seterusnya, di bahagian App Info aplikasi WhatsApp tersebut, anda tap pada Force stop yang terletak di bahagian bawah. Rujuk rajah di bawah.



Selepas itu anda akan terima paparan kotak dialog yang menyatakan aplikasi anda mungkin akan berdepan error. Tak mengapa, tap sahaja pada pilihan OK.



Mengaktifkan Force Stop ke atas aplikasi WhatsApp itu menyebabkan anda tidak akan menerima sebarang mesej dari orang hubungan yang menghantar mesej kepada anda.

Malah penghantar mesej juga akan dapati hanya terdapat satu tanda sahaja pada mesej yang dihantar mereka melalui WhatsApp. Menandakan mesej yang dihantar itu tidak diterima oleh anda.

Force stop menyebabkan aplikasi WhatsApp anda tergantung tidak berfungsi walaupun anda sedang disambungkan dengan rangkaian internet.

Jadi, anda bolehlah layari internet tanpa gangguan dari mesej WhatsApp yang menganggu anda buat sementara waktu.

Anda hanya akan kembali menerima mesej di aplikasi WhatsApp seperti biasa apabila anda membuka semula aplikasi tersebut.

Tips ini diharap sedikit sebanyak membantu kepada mereka yang memerlukan.

Berkaitan