Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2026-02-16 162822

Cara Guna Ciri ‘Super Resolution’ Dalam Aplikasi Photos

Diterbitkan Februari 16, 2026 oleh ariff bukhari

Akhirnya ciri Super Resolution di Microsoft Photos mula ditawarkan kepada semua pengguna PC Copilot+ selepas ditawarkan lebih dulu kepada pengguna PC Copilot+ yang dipacu pemproses Snapdragon pada Oktober 2024 yang lalu menerusi versi Windows Insider.

Super Resolution merupakan ciri eksklusif untuk PC Copilot+ yang menggunakan kecerdasan buatan bagi meningkatkan kualiti imej.

Fungsi ini membolehkan gambar beresolusi rendah ditingkatkan menjadi lebih tajam dan jelas, sesuai untuk mencetak saiz besar atau memulihkan foto lama.

Prosesnya melibatkan dua proses utama iaitu pertama, meningkatkan resolusi dengan menambah bilangan piksel.

Kedua adalah menajamkan imej dengan mengisi butiran yang hilang.

Pengguna boleh memilih tahap peningkatan sehingga 8x dan melihat perbandingan sebelum serta selepas suntingan.

Cara Guna Ciri ‘Super Resolution’ Dalam Aplikasi Photos
Super resolution dalam aplikasi Photos memanfaatkan Unit Pemprosesan Neural (NPU) pada PC Copilot+ untuk memberikan peningkatan dengan cepat dan cekap, semuanya dilakukan secara setempat pada PC anda.

Jadi, bagi pengguna PC Copilot+, anda boleh mengakses ciri Super resolution ini dengan memilih gambar yang ingin dibuka dengan aplikasi Photos di dalam Windows 11 di PC Copilot+ anda.

Seterusnya, klik butang Edit seperti rajah di bawah.

Screenshot 2026-02-16 155626

Kemudian anda akan nampak butang pilihan untuk menyunting imej dengan pilihan ciri Super resolution terletak dihujung sekali seperti rajah di bawah.

Screenshot 2026-02-16 155937

Selepas itu, untuk pertama kali guna, anda perlu memuat turun model AI bagi ciri Super resolution tersebut. Klik pada butang Download.

Proses muat turun ini mengambil sedikit masa.

Screenshot 2026-02-16 160358

Sebaik selesai muat turun, antaramuka baharu akan dipaparkan seperti rajah di bawah.

Screenshot 2026-02-16 160912

Di sini, anda bolehlah memulakan proses naikkan resolusi imej tersebut sehingga 8x ganda.

Screenshot 2026-02-16 161107
Screenshot 2026-02-16 161538
Tarik slider untuk lihat perbezaan sebelum dan selepas imej dinaikkan resolusinya.

Setelah selesai, klik pada butang Save untuk menyimpan. Selepas itu, anda akan dapati saiz fail imej yang dinaikkan resolusi ini akan menjadi lebih besar.

 

Sekali lagi dinyatakan di sini bahawa ciri AI Super Resolution ini beroperasi secara dalaman peranti dan ini bukan AI generatif. Sebaliknya hanya memperbaiki kandungan sedia ada.

Super Resolution hanya tersedia untuk imej, bukan video atau GIF, dan eksklusif terbina dalam Windows 11 pada Copilot+ PC sahaja.

Selamat mencuba.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY