Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-18T123333.015

Canon Umum EOS R1 Dan EOS R5 Mark II, Harga Dari RM18,999

Diterbitkan Julai 18, 2024 · Dikemas kini Julai 18, 2024 oleh Muhd Idham

Canon Marketing Malaysia (Canon) telah mengumumkan kehadiran dua kamera bingkai penuh (full-frame) tanpa cermin (mirrorless) terbaru mereka iaitu EOS R1 danEOS R5 Mark II untuk pasaran Malaysia.

Canon Umum EOS R1 Dan EOS R5 Mark II, Harga Dari RM18,999
EOS R1.

EOS R1 merupakan kamera digital pertama dilengkapi dengan sistem teknologi EOS R dan menyokong Wi-Fi 6/6E .

Ia dilengkapi dengan sensor CMOS yang mampu menangkap gambar pada kualiti 24MP dan mampu meningkatkan kualiti imej kepada 96MP menggunakan teknologi Peningkatan Dalam Kamera (In-Camera Upscaling).

EOS R1
EOS R1 ialah kamera pertama Canon yang menampilkan sistem Dual Pixel Intelligent AF generasi akan datang.

Model ini juga dilengkapi ciri berkuasa yang lain seperti DIGIC Accelerator dan DIGIC X untuk pemprosesan gambar yang laju, mod Action Priority AF yang mampu mengesan pergerakan atau aksi-aksi penting tanpa masalah fokus dan kemampuan merakam video RAW pada kualiti 6K 60p.

Canon Umum EOS R1 Dan EOS R5 Mark II, Harga Dari RM18,999
EOS R5 Mark II

Untuk model EOS R5 Mark II pula, ia dilengkapi dengan sensor CMOS 45MP serta ciri pemproses imej DIGIC Accelerator dan DIGIC X.

Buat pertama kalinya, siri 5 dalam barisan kamera digital Canon dilengkapi ciri Eye Control AF yang membolehkan pengguna mengalihkan bingkai AF dengan hanya melihat subjek baharu mereka untuk fokus.

Kemampuan rakaman video pula boleh mencecah sehingga 8K DCI 60p RAW dan juga 4K DCI 60p SRAW.

Harga EOS R5 Mark II (badan sahaja) adalah RM18,999 dan EOS R1 pula berharga RM29,999 (badan sahaja).

Beli pelbagai produk Canon dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cllezi5
  • Lazada – https://invol.co/cllezie

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • ROG Ally X Kini Tersedia Untuk Pra Pesan Pada Harga RM4,299
  • Boleh Tempah Sekarang, EA SPORTS FC™ 25 Hadir September 2024 Pada Harga RM259
  • U Mobile Tawar iPhone Percuma Untuk 6 Bulan Pertama
  • Microsoft Lancar Konsol Xbox Tema Filem 'Deadpool & Wolverine'

Sumber: Siaran Media Canon Marketing Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY