Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Lancar Konsol Xbox Tema Filem ‘Deadpool & Wolverine’

Microsoft Lancar Konsol Xbox Tema Filem ‘Deadpool & Wolverine’

Diterbitkan Julai 18, 2024 · Dikemas kini Julai 18, 2024 oleh ariff bukhari

Menghangatkan lagi tayangan filem Marvel Studios akan datang ke pawagam pada 26 Julai, “Deadpool & Wolverine” Xbox mengumumkan alat pengawal wayarles Xbox yang direka sendiri oleh Deadpool.

Ia diinspirasikan daripada kostum Deadpool dalam filem tersebut  yang menampilkan warna merah dan tekstur dari kulit dengan ciri rekaan tambahan di bahagian belakang alat pengawal konsol tersebut.

Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan alat pengawal wayarles eksklusif ini dipanggil sebagai “Cheeky Controller”, anda perlulah berumur 18 tahun ke atas dan mengikuti Xbox on X dan menyiarkan semula siaran undian Xbox rasmi tersebut yang terbuka secara global bermula hari ini.

Malah anda juga berpeluang memenangi perkakasan Xbox yang direka khas, termasuk Xbox Series X bertemakan Deadpool dan tempat duduk yang menampilkan versi pedang Deadpool, serta dua Pengawal Wayarles Xbox.

https://x.com/Xbox/status/1813559436818227580

Selain itu, Microsoft juga menawarkan aksesori Pemegang Pengawal Deadpool Cable Guys eksklusif oleh EXG Pro yang terhad untuk 1,000 peminat pertama sahaja yang berjaya membeli Xbox Elite Wireless Controller Series 2 – Core daripada kedai Microsoft pada 22 Julai 2024.

Tapi ia hanya tersedia di Amerika Utara dan Kanada sahaja selagi stok masih ada.

deadpool 1

Sebagai tambahan, peminat boleh menonton Twitch Xbox pada 22 Julai untuk siaran langsung rasmi daripada tayangan perdana karpet merah “Deadpool & Wolverine“.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Hot Wheels Akan Lancar 2 Koleksi Baru Edisi 'Marvel Super Heroes Secret Wars'

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY