Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PowerShot V10

Canon Lancar PowerShot V10, Kamera Aksi Terbaru Saiz Poket Berharga RM1,999

Diterbitkan Mei 11, 2023 oleh ariff bukhari

Canon Marketing Malaysia (“Canon”) hari ini merancakkan pasaran kamera aksi dengan mengumumkan kehadiran kamera PowerShot V10. Sekaligus memberikan pencipta kandungan lebih banyak pilihan kamera di pasaran ketika ini.

Kamera bersaiz poket ini dikusakan oleh cip DIGIC X dengan sensor CMOS 1 inci 13.1 megapiksel.

Bersaiz poket dan hanya seberat 211 gram sahaja termasuk bateri dan kad memori, menjadikan PowerShot V10 selesa dipegang dan dibawa ke mana-mana sahaja.

Sesuai dengan trend semasa di mana pengguna mahukan sebuah kamera aksi mudah alih, ringan dan bergaya dipegang ketika merakam video mahupun mengambil gambar.

CA23_6239 HighresStreaming
PowerShot V10 juga boleh dijadikan sebagai kamera web melalui sambungan USB-C (PnP).
CA23_6239 HighresStreaming
PowerShot V10 mampu merakam selama 1 jam dengan bateri penuh 100%.

PowerShot V10 mampu merakam video 4K UHD (30/25/24 fps) (3840×2160) yang menjadikannya sebagai kamera aksi permulaan sesuai untuk anda yang mahu mula berjinak-jinak sebagai pencipta kandungan.

Antara ciri utama yang ada pada kamera ini adalah seperti autofocus penjejakan wajah dan filter Movie Auto ND yang akan menghidupkan atau mematikan filter ND 3 terbina dalam secara automatik mengikut kecerahan ambien.

Ciri tersebut memudahkan anda merakam peralihan sempurna dari keadaan cahaya malap ke luar yang cerah dengan lancar.

“Memandangkan permintaan untuk kandungan video pendek terus meningkat, Canon berdedikasi untuk melengkapkan pencipta dengan alatan yang mereka perlukan untuk meningkatkan kualiti kandungan mereka,” Hunter Zhang, Pengarah Bahagian Perniagaan Komunikasi Imej di Canon Marketing Malaysia.

Berikut adalah spesifikasi Canon PowerShot V10:-

Canon PowerShot V10

Canon PowerShot V10

Canon PowerShot V10 akan ditawarkan di pasaran tempatan dalam bulan Jun nanti dengan 2 pilihan warna menarik iaitu hitam dan perak.

Canon PowerShot V10 akan dijual pada harga RM1,999 seunit.

Berkaitan

  • (Ulasan) DJI Osmo Action 3 - Kamera Dah Padu, Aplikasi Sokongan Je Lemah
  • Insta360 Lancar Pengimbal Dengan Teknologi AI Termaju Di Dunia
  • 3 Lagi Model Redmi Note 12 Masuk Malaysia, Harga Bermula RM999

Sumber: Siaran Media Canon

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY