Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Call of Duty Selepas Ini Hanya Untuk Xbox Sahaja? Ini Penjelasan Daripada CEO Xbox

Posted on Januari 21, 2022Januari 21, 2022

Dua hari lepas, Microsoft telah membeli Activision Blizzard dan langkah ini telah mengejutkan hampir semua orang. Activision merupakan antara syarikat yang besar dengan memegang sejumlah besar francais permainan popular seperti Call of Duty, World of  Warcraft, Diablo dan Candy Crush Saga.

Oleh kerana Xbox dibawah Microsoft, timbul spekulasi bahawa permainan Call of Duty akan datang yang sedang dalam fasa pembikinan akan menjadi permainan eksklusif untuk Xbox. Namun, Phil Spencer, ketua Xbox Microsoft menafikan perkara tesebut melalui ciapannya.

Had good calls this week with leaders at Sony. I confirmed our intent to honor all existing agreements upon acquisition of Activision Blizzard and our desire to keep Call of Duty on PlayStation. Sony is an important part of our industry, and we value our relationship.

— Phil Spencer (@XboxP3) January 20, 2022

Phil Spencer menyatakan Activision sedia memeterai perjanjian bersama dengan Sony dan mereka akan menghormati kerjasama tersebut. Selain itu beliau turut memandang Sony sebagai salah satu pemain penting dalam industri dan mahu menjaga hubungan yang sedia terjalin. Namun begitu, kita tidak dapat menjangkakan pada masa hadapan sama ada ia akan berterusan ataupun spekulasi ini timbul lagi kelak.

 

Sumber: XDA Developers

Baca juga:

  • Keluarga Xbox Makin Besar, Microsoft Beli Activision Blizzard
  • Sebahagian Pengguna Windows Dah Boleh Main Game Android Di Komputer
  • Ini Yang Samsung Akan Lakukan Sebelum Melepaskan Telefon Pintar Mereka Ke Pasaran Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress