Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Call of Duty Modern Warfare 2 Bakal Hadir Oktober Ini

Posted on Mei 25, 2022

Call of Duty Modern Warfare 2 (Cod MW2) telah diumumkan dan bakal dilancarkan sebelum penghujung tahun ini. Berdasarkan kiriman (post) yang dimuat naik oleh laman rasmi Call of Duty, Modern Warfare 2 akan dilancarkan pada 28 Oktober ini.

Tiada sebarang maklumat tambahan melainkan tarikh pelancaran dan poster daripada pembangun Activison untuk Modern Warfare 2 ini.

Sebenarnya, permainan tersebut telah pun diumumkan pada awal tahun 2022 dan ini merupakan sekuel kepada versi reboot CoD  yang keluar pada 2019 sebelum ini.

Mengikut ura-ura, kempen permainan Modern Warfare 2 akan menceritakan bagaimana US Special Forces melawan kartel dadah Kolombia.

Selain itu, karya seni pada CoD MW2 ini menampilkan tema putih dan hijau neon, tidak seperti CoD Modern Warfare 2019 yang bertemakan kelabu dan malap.

CoD Modern Warfare 2019
Captain John Price

Di samping itu, Modern Warfare 2 ini mungkin menjadi permainan tahunan terakhir Call of Duty. Hal ini demikian pemilikan Microsoft ke atas Activision Blizzard telah menukar polisi francais CoD untuk tidak mengeluarkan permainan baharu setiap tahun.

Anda boleh mendapat maklumat lanjut berkenaan CoD MW 2 2022 melalui pautan laman rasminya ini.

Sumber: IGN

Baca juga:

  • Storan SSD Apacer Ini Hadir Dengan Kelajuan Membaca Hingga 13Gbps
  • ASUS Jenama Pertama Dengan Monitor Kadar Segar Semula 500Hz
  • Google Semakin Hampir Mencipta AI Yang Ada Kemampuan Seperti Manusia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress