Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ByteDance Rancang Labur RM10 Bilion, Jadikan Malaysia Hab AI – Menteri

ByteDance Pecat Seorang Pelatih Kerana Sengaja Cuba Sabotaj Latihan AI Mereka

Diterbitkan Oktober 23, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2024 oleh ariff bukhari

Syarikat induk TikTok yang berpangkalan di China, ByteDance mengesahkan bahawa mereka telah memecat seorang pelatih yang didakwa cuba mensabotaj latihan AI mereka.

Menurut ByteDance, pelatih tersebut terlibat dalam mengganggu tugas latihan model pasukan teknologi komersial, tetapi tindakan itu tidak menjejaskan projek perniagaan formal atau perniagaan lain syarikat itu.

ByteDance turut menafikan laporan bahawa pelatih itu menyebabkan kerugian besar atau menjejaskan 8,000 GPU, menyatakan bahawa laporan tersebut sangat dibesar-besarkan.

Pelatih itu telah dipecat pada Ogos lalu dan sekolahnya telah dimaklumkan tentang tindak tanduknya.

ByteDance menggunakan teknologi AI dalam pelbagai aspek, termasuk aplikasi seperti Tuotiao untuk menunjukkan kepada setiap pengguna suapan yang dipilih dan algoritma TikTok.

Syarikat ini juga membangunkan model AI sumber terbuka dan bekerjasama dengan Huawei untuk membina model AI dan cip AI mereka sendiri.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • BYD Bekerjasama Dengan 'Black Myth: Wukong' Untuk Tingkatkan Pemasaran
  • Insta360 Ace Pro 2 Kamera Aksi Dengan Lensa Leica, Harga Dari RM1,899

Sumber: ByteDance, PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY