Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

BYD Sime Motors Kekal Jenama EV No. 1 Malaysia

Posted on Disember 9, 2025

Sempena ulang tahun ketiga, BYD Sime Motors terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama EV nombor satu di Malaysia. Kini, lebih 25000 kenderaan BYD digunakan di seluruh negara.

Secara keseluruhan, pemilik BYD berjaya mengurangkan lebih 62000 tan karbon dioksida setiap tahun. Ini bersamaan dengan penanaman hampir 2.5 juta pokok, cukup untuk meliputi seluruh persisiran pantai di Malaysia untuk lebih enam kali. Ini menandakan impak positif BYD dan komitmen syarikat terhadap kelestarian alam sekitar.

BYD Sime Motors juga menawarkan rangkaian kenderaan elektrik penuh terbesar di Malaysia, dengan 7 model telah diperkenalkan setakat ini. Antara model yang paling menyerlah ialah BYD ATTO 3 yang menerajui jualan dalam segmen Elektrik SUV C.

Pada tahun 2025 pula, barisan produk BYD terus berkembang dengan kehadiran dua model baharu iaitu BYD ATTO 2 dan BYD SEAL 6. BYD SEAL juga hadir dengan wajah baharu untuk tahun ini.

Rangkaian syarikat setakat ini, merangkumi 39 pusat jualan dan pemasaran, 24 pusat servis selepas jualan, 12 pusat badan dan cat sah serta gudang alat ganti berpusat.

Gudang ini menempatkan lebih 4600 item dengan kadar pemenuhan 94% bagi tempoh pembaikan yang cepat. Selain itu, lebih 1000 kakitangan tempatan dilatih di Pusat Latihan khusus bagi BYD mengekalkan standard teknikal dan perkhidmatan tertinggi.

Bagi 2026, BYD merancang pengembangan rangkaian dengan integrasi teknologi canggih, serta penubuhan operasi pemasangan tempatan BYD (CKD). Penubuhan ini adalah untuk mewujudkan nilai lestari dan peluang pekerjaan.

Tarikh akhir pengecualian cukai penuh bagi EV semakin hampir. Ini adalah peluang terbaik untuk anda beralih ke kenderaan elektrik. Anda boleh mengunjungi bilik pameran BYD di seluruh negara untuk mengetahui promosi eksklusif akhir tahun. Anda berpeluang menikmati penjimatan sehingga RM20000 untuk model terpilih.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress