Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kuasa EV China, Pendapatan BYD Atasi Tesla

BYD Bakal Buka Kilang EV Di Tanjung Malim

Diterbitkan Ogos 22, 2025 oleh ariff bukhari

BYD Malaysia telah mengesahkan rancangan membina kilang pemasangan tempatan (CKD) di Tanjong Malim, Perak dengan pelaburan penuh 100% oleh syarikat itu.

Kilang seluas 600,000 meter persegi ini dijangka akan mula beroperasi pada separuh kedua 2026.

Langkah ini memberi kelebihan kepada BYD kerana insentif cukai untuk EV CKD akan berlangsung sehingga 2027, berbanding model CBU yang tamat pengecualian pada hujung 2025.

Selain itu, ia membuka peluang untuk memperkenalkan model plug-in hybrid (PHEV) di Malaysia.

BYD kini menjual enam model EV sepenuhnya di Malaysia, termasuk BYD Seal yang menjadi sedan elektrik paling laris di Malaysia pada 2024.

Kehadiran BYD di Tanjong Malim menjadikan mereka antara jenama global yang memasang EV di Malaysia.

Menariknya, fasiliti BYD ini akan dibina di tanah berasingan, tidak berkaitan dengan projek Proton dan DRB-Hicom.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • DuitNow QR Kini Boleh Digunakan Di Luar Negara
  • Jerman Ubah Bateri EV Lama Jadi 'Powerbank' Masa Depan

Sumber: paultan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY